• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Boleh Kurangkan Pengambilan Doktor, Paramedik

oleh Ahmad Albab
23/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kementerian Kesihatan tidak boleh sesuka hati mengurangkan bilangan doktor dan anggota paramedik di hospital kerajaan kerana ia perlu menyediakan perkhidmatan rawatan terbaik untuk rakyat.

Timbalan menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kedua-dua perjawatan itu amat diperlukan memandangkan jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan semakin meningkat.

“Kualiti rawatan dan penjagaan kesihatan akan terjejas teruk seandainya kita mengurangkan bilangan doktor dan anggota paramedik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesyen 2016 Insititusi Latihan Kementerian Kesihatan, di sini hari ini.

Beliau mengulas gesaan Penang Institute iaitu badan pemikir kerajaan Pulau Pinang supaya kerajaan mereformasikan dan mengurangkan saiz sektor perkhidmatan awam bagi mengurangkan defisit belanjawan.

Dalam perkembangan lain, Dr Hilmi meminta orang ramai supaya tidak salah faham mengenai Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (FPP) bagi hospital kerajaan yang menjadi viral sejak beberapa hari lalu.

Beliau menjelaskan FPP yang tersebar itu bukan bermaksud penswastaan perkhidmatan penjagaan kesihatan di hospital kerajaan, sebaliknya, ia merupakan pilihan bagi sesetengah pihak yang berkemampuan.

“FPP ini bagi yang memilih untuk bayar sendiri kos mereka dan jika memerlukan pembedahan ia akan dijalankan oleh doktor (hospital kerajaan) selepas waktu kerja,” katanya.

Khamis lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan FPP merupakan pakej retensi bagi pakar hospital kerajaan dan ia juga bertujuan mengurangkan penghijrahan mereka ke sektor swasta.

Pada majlis itu, seramai 7,973 graduan dalam pelbagai bidang di peringkat sijil, diploma dan diploma lanjutan dari Institusi Latihan Kementerian Kesihatan seluruh Semenanjung Malaysia menerima sijil. – BERNAMA

Tags: doktorparamedik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub  PEKAN – Perjalanan pulang bertukar tragedi apabila seorang doktor bersama anak perempuannya yang baru berusia dua tahun antara...

Beban Kerja Tinggi, Peluang Kerjaya Terhad Punca Doktor Tinggalkan Sektor Awam

Beban Kerja Tinggi, Peluang Kerjaya Terhad Punca Doktor Tinggalkan Sektor Awam

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Beban kerja yang tinggi serta waktu kerja yang panjang dikenal pasti antara sebab utama doktor dan pakar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd