• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Temberang ‘Haji Ghaib’ Akhirnya Terbongkar…

oleh AK-47
12/10/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Temberang seorang penarik baca yang konon ghaib selama 44 hari untuk menunaikan haji di Makkah dengan bantuan jin peliharaanya akhirnya terbongkar selepas disoal siasat.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Kasrin, 60, dan menetap di wilayah Jawa Tengah itu tersilap menceritakan penipuannya kepada pegawai Majlis Ulama Indonesia (MUI) yang menyamar.

Pegawai MUI Rembang, diketuai Zainudin Jafar bersama-sama dua ahli jawatan kuasa ke rumah Kasrin di Dukuh Gembul, Desa Sumberrejo, Kecamatan Pancur, hujung minggu lalu.

Portal berita Indonesia Tribunnews melaporkan, Zainudin menyamar sebagai tetamu dan bertanya kepada Kasrin berkenaan pelaksanaan hajinya, rukun serta keadaan di Makkah.

Ketika disoal, warga emas berkenaan dilihat seakan-akan kebingungan dan cuba mengubah persoalan tersebut kepada topik yang lain pula.

“Semua jawapan Kasrin meragukan dan dia juga tidak tahu rukun haji serta mendakwa tidak melihat Kaabah,” katanya.

Temberang 'Haji Ghaib' Akhirnya Terbongkar...
Kasrin (tengah) ketika berbual dengan pengawai MUI yang menyamar.

Temberang 'Haji Ghaib' Akhirnya Terbongkar...

Zainuddin kemudian cuba ‘memancing’ Kasrin dengan lebih dalam menerusi pelbagai pertanyaan sebelum memperkenalkan diri kepadanya.

“Kami kemudian memperkenalkan diri dan menasihati Kasrin supaya tidak menimbulkan keraguan kepada orang ramai,” katanya.

Menurutnya, Kasrin terkejut apabila mengetahui mereka sebagai wakil dari MUI.

Penarik beca itu mendapat gelaran`Haji Mistik’ selepas dia hilang beberapa minggu sebelum muncul bersama rombongan penduduk yang pulang daripada mengerjakan haji.

Kisah Kasrin yang mendakwa dia ke Makkah mengerjakan haji secara ghaib dengan bantuan jin menaiki becanya, mendapat liputan meluas menyebabkan orang ramai tidak putus-putus datang untuk mendengar ceritanya.

Malah ada yang memintanya berdoa konon dapat disembuhkan daripada penyakit serta diberi kebahagiaan hidup. – MYNEWSHUB.CC

Tags: HajiIndonesiaPenipuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perlembagaan Negeri Johor Tidak Benarkan Calon Kalah Jadi ADUN Lantikan, EXCO

Perlembagaan Negeri Johor Tidak Benarkan Calon Kalah Jadi ADUN Lantikan, EXCO

01/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan rasa kesal dan terkejut dengan penipuan yang disebarkan dalam...

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd