• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taktik Baru Sindiket Judi Elak Dikesan Polis

oleh Ahmad Albab
05/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Polis membongkar kegiatan sebuah premis kedai yang berselindung di sebalik bangunan baharu yang belum dipasang meter elektrik bagi menjalankan aktiviti judi mesin berkomputer di Taman Desa Aman, Kulim, Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah SAC Mohd Nashir Ya berkata tujuh lelaki tempatan berusia antara 17 dan 50 tahun yang merupakan penjaga premis dan kaki judi, turut ditahan dalam serbuan pada 11.10 malam itu.

Beliau berkata operator perjudian menggunakan bangunan kedai berteres tanpa bekalan elektrik itu sebagai teknik baharu untuk mengaburi mata polis.

“Dari luar, premis berkenaan kelihatan belum dihuni kerana tiada meter elektrik selain pintu hadapan yang sentiasa ditutup dan suspek perlu menggunakan pintu belakang untuk memasuki premis berkenaan.

“Semasa serbuan, kami dapati semua mesin judi dihidup menggunakan bekalan elektrik yang dicuri dan disambung secara haram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Nashir berkata dalam serbuan itu, turut dirampas wang tunai berjumlah RM600, set komputer, modem wi-fi dan penghala.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: kedai judipolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd