Saturday, February 24, 2024

Creating liberating content

Niat Suarakan Pandangan Mestilah...

ALOR SETAR - Anggota UMNO yang mahu menyuarakan sesuatu pandangan tentang parti mestilah...

Strategi Pendidikan Perlu Untuk...

IPOH - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menggesa usaha lebih besar dilakukan untuk...

Identiti Mayat Dikerat Enam...

SUNGAI BULOH : Identiti mayat yang ditemui dalam keadaan dipotong enam di tepi...

PM Umum AIM Terima...

PEKAN - Peruntukan khas Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebanyak RM100 juta bagi penambahan...

Taekwon-Do Putrajaya Cipta Rekod Di HSN 2016

PUTRAJAYA – Persatuan Taekwon-do (ITF) Wilayah Putrajaya mencatat sejarah apabila tersenarai dalam ‘Malaysia Book of Records’ kerana berjaya menghimpunkan 1,600 peserta dalam demonstrasi memecahkan papan.

Wakil persatuan, Muhammad Zaidi Surati berkata acara itu bersempena sambutan Hari Sukan Negara 2016 (HSN) peringkat kebangsaan yang berlangsung di Dataran Putrajaya, hari ini mendapat sokongan daripada beberapa lagi persatuan taekwon-do di dalam negara yang turut hadir bagi menjayakannya.

“Tersenarai dalam ‘Malaysia Book of Records’ merupakan kebanggaan bagi semua pengamal sukan mempertahankan diri ini dan saya berterima kasih kepada semua peserta yang memberi komitmen penuh,” katanya kepada Bernama.

Kasmila Nair dan Vishalni Nair, yang merupakan antara peserta acara itu, berkata HSN 2016 memberi peluang kepada mereka untuk menjadi sebahagian daripada detik bersejarah itu.

“Kami berasa sangat gembira, bukan hanya dapat mencatatkan rekod tetapi sambutan HSN merupakan satu pengalaman baharu dan ia patut diteruskan di masa akan datang.

“Selain menyertai taekwon-do, saya juga telah menyertai pelbagai aktiviti yang menarik di sini, antaranya berbasikal dan ‘punch breaker’,” katanya.

Sementara itu, Jeanne Lee, 46, yang mewakili kelab berbasikal ‘Go Young’ dari Kuala Lumpur turut bersama-sama menyertai sambutan HSN.


Beliau bersama lebih 20 orang rakan sekelabnya menyertai acara kayuhan HSN 2016 di sekitar Putrajaya.

“Acara sebegini sangat baik dalam membentuk budaya dan cara hidup sihat dalam kalangan masyarakat di negara ini,” katanya.

Sekretariat HSN 2016 menyasarkan tujuh juta orang iaitu 20 peratus daripada jumlah rakyat Malaysia akan menyertai program-program yang telah diatur di seluruh negara berbanding 4.2 juta orang yang turun padang menyertai program yang sama tahun lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori