• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Kes Bunuh Kakitangan JPJ Kelantan Direman

oleh Ahmad Albab
20/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Suspek kes bunuh kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan di tempat letak kereta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Terengganu (Maidam) Ahad lalu ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman itu dilakukan di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ahad lalu mangsa Mohd Shukri Husin, 34, maut dipercayai ditikam sebanyak enam kali oleh suspek, yang juga bakal adik iparnya.

Suspek kemudian berjaya melarikan diri dari tempat kejadian dengan dibantu rakannya menggunakan kenderan jenis Honda.

Pada hari yang sama, pada 4.30 petang polis menahan rakan subahatnya itu serta bapa saudaranya pada 4.45 petang bagi siasatan lanjut.

Semalam polis berjaya memberkas suspek kira-kira 12.30 tengah hari di kawasan Jalan Jeram, Kampung Petai Bubus, Manir, di sini.

Suspek yang berasal dari Manir itu ditangkap di tepi jalan dalam keadaan lemah dan kelaparan selepas empat hari menyembunyikan diri daripada pihak polis. – BERNAMA

Tags: kes bunuhpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd