• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Hassanal Bolkiah Berlepas Pulang

oleh Ahmad Albab
05/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berangkat meninggalkan Malaysia hari ini selepas menamatkan lawatan tiga hari bagi menghadiri Rundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei Darussalam kali ke-20.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar selaku menteri pengiring dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berada di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dekat sini untuk mengucapkan selamat jalan kepada baginda dan rombongan.

Pesawat yang membawa Sultan Hassanal Bolkiah dan permaisuri Raja Isteri Pengiran Anak Saleha serta pegawai kanan kerajaan berlepas pada kira-kira 1.45 tengah hari.

Rundingan tahunan yang turut disertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu berlangsung di Putrajaya semalam.

Antara hasil perbincangan ialah Malaysia dan Brunei siap sedia untuk memulakan rundingan berhubung rangkaian Lebuhraya Pan Borneo bagi menambah baik saling-hubungan dan merancakkan perkembangan ekonomi dan sosial antara kedua-dua negara itu.

Selain itu, Sultan Hassanal Bolkiah dan delegasi turut diraikan dalam majlis santapan tengah hari bersama Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Seri Perdana semalam. – BERNAMA

Tags: MalaysiaSultan Brunei
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil mengingatkan semua pihak bahawa Malaysia adalah negara Islam. Beliau menerusi satu...

Malaysia Menyatukan Pelbagai Negara Dan Bangsa Lain

Malaysia Menyatukan Pelbagai Negara Dan Bangsa Lain

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia kini menjadi sebuah negara yang menyatukan pelbagai negara dan bangsa lain atas semangat keamanan. Perdana Menteri,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd