• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sudah Campak Ular, Dibawa Pula Ke Kubur – Murid

oleh AK-47
20/10/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG murid mendakwa, semua peserta yang menyertai progam bina diri dikelolakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Kangsar bukan sahaja menggunakan ular dalam modul latihan tetapi turut dibawa ke kawasan perkuburan.

Astro Awani melaporkan, murid perempuan yang enggan namanya didedahkan berkata, mereka dibawa ke sebuah tanah perkuburan Kristian kira-kira jam 2 pagi.

Menurutnya, keadaan ketika itu sangat menakutkan sehingga menyebabkan dia trauma dan enggan mengikuti program motivasi anjuran APM lagi.

“Kami dikejutkan oleh jurulatih APM dan diarahkan berkawad kaki sebelum dibawa ke kubur.

“Jurulatih kata kalau kubur orang Kristian duduk sebelah gambar kalau kubur orang Melayu kena pegang batu nisan,” katanya.

Murid tahun enam itu berkata, dia menangis ketakutan dan masih segar dalam ingatannya segala aktiviti pada program motivasi berkenaan.

Sementara itu, bapa murid berkenaan kesal dengan tindakan APM yang bukan sahaja menggunakan ular dalam modul latihan tetapi juga dibawa ke tanah perkuburan pada program motivasi bina diri itu.

“Kami terpaksa mendapatkan rawatan cara kampung kerana apabila pulang dari kem motivasi itu anak jadi trauma.

“Mereka (APM) tidap wajar masukkan ular dan bawa anak-anak ini ke kubur pukul dua pagi. Saya rasa terkilan dengan cara mereka menguruskan program ini,” katanya.

Baru-baru ini, video yang memaparkan sekumpulan murid dari Sekolah Kebangsaan Beluru, Kuala Kangsar, Perak menjerit ketakutan selepas terpaksa mengharungi kolam yang telah dicampakkan dua ekor ular semasa menjalani modul latihan yang dikelolakan APM.

Video berkenaan mendapat kritikan netizen dan menganggap ia sebagai keterlaluan untuk murid sekolah rendah.

Kolonel Pertahanan Awam Perak, Mohd Noor Hassan Ashari Sulaiman berkata, pembelajaran modul itu yang dijalankan sejak hampir empat tahun lepas telah digantung serta merta sehingga siasatan lanjut mengenai kejadian itu selesai.

Susulan kejadian itu, empat jurulatih dan enam pembantu APM Kuala Kangsar digantung tugas serta-merta sehingga siasatan lanjut mengenai kejadian itu selesai selepas didapati berlaku pelanggaran operasi prosedur standard (SOP). -MYNEWSHUB.CC

Tags: APMkuburular
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

26/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menyifatkan kenaikan harga diesel sebanyak tiga kali pada...

Penyamaran Hampir Sempurna: Awas ‘Ular Kapak’ Di Laluan Hutan

Penyamaran Hampir Sempurna: Awas ‘Ular Kapak’ Di Laluan Hutan

03/02/2026
0

Aktiviti mendaki bukit atau merentas hutan sememangnya memberi ketenangan dan kepuasan tersendiri. Namun, di sebalik keindahan alam, terdapat risiko yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd