• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suasana Suram Di ‘Little India’ Klang Menjelang Deepavali

oleh
23/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Perayaan Deepavali semakin hampir, namun keadaan di kawasan ‘Little India’ di Jalan Tengku Kelana, di sini terlalu suram tanpa ada perhiasan mahupun suasana kemeriahan sambutan.

Peniaga di kawasan itu melahirkan kekecewaan dengan suasana suram di kawasan tersebut kerana tiada dekorasi dibuat di sepanjang jalan yang diapit deretan kedai lama di kiri kanan jalan berkenaan.

Pengerusi Persatuan Usahawan Little India Klang, N.P. Raman mendakwa kebiasaannya menjelang perayaan Deepavali, Little India akan dibanjiri orang ramai dan keadaan lalu lintas juga sesak, sekurang-kurangnya dua minggu sebelum sambutan.

“Namun dengan hanya kurang seminggu sebelum perayaan Deepavali, tiada tarikan atau perhiasan diletakkan sepanjang Jalan Tengku Kelana,” katanya kepada Bernama.

Raman yang juga Pengarah Urusan Thangaram Jewellers Sdn Bhd yang terletak di jalan itu, mendakwa tiada inisiatif dilakukan kerajaan negeri untuk mengindahkan Little India sejak mereka memegang kuasa pada 2008.

“Jika tiada tindakan daripada kerajaan negeri menerusi Majlis Daerah Klang bagi mengindahkan kawasan ini, persatuan kami akan menggantung kain rentang untuk mempromosikan perayaan Deepavali.

“Kami juga mahu lampu jalan di sepanjang Little India mengunakan lampu LED,” katanya.

Sementara itu, antara pengasas Sri Kumaran Textile Sdn Bhd di Little India, N. Ravichandran berkata karnival jualan Deepavali yang diadakan di seluruh negara menjejaskan perniagaan di kedainya menjelang perayaan tersebut khususnya pada hujung minggu.

“Jualan di kedai saya merosot mendadak sehingga 40 peratus pada hujung minggu berikutan banyaknya karnival jualan tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua MPK Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata pihaknya merancang mengadakan sambutan Rumah Terbuka Deepavali di Jalan Tengku Kelana sebagai usaha memeriahkan suasana Deepavali di kawasan itu.

Tinjauan Bernama mendapati ketika ini tiada sebarang hiasan di kawasan itu seperti yang didakwa peniaga, dan yang ada hanyalah khemah-khemah jualan untuk sambutan Deepavali. – BERNAMA

Tags: DeepavaliLittle India
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Nampak Sendiri Orang Hilang 5 Jari’

‘Saya Nampak Sendiri Orang Hilang 5 Jari’

20/10/2025
0

KULIM: "Deepavali kali ini sepatutnya menjadi pesta cahaya, tapi bertukar jadi tragedi kerana bunga api," kata R Pasupathi, 74. Mangsa...

Hadiah Deepavali Buat Pekebun Bebas Tuduhan Bunuh Ibu Saudara

Hadiah Deepavali Buat Pekebun Bebas Tuduhan Bunuh Ibu Saudara

05/11/2024
0

SEREMBAN - Seorang pekebun yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd