Sample Page Title

LUMUT – Dua pasang suami isteri bersama barang kemas bernilai puluhan ribu ringgit merupakan antara 23 warga Filipina yang ditahan dalam Op ID di beberapa lokasi di sekitar daerah Manjung di sini awal pagi tadi.

Pasangan berkenaan yang berumur sekitar 30-an ditahan di rumah mereka di Kampung Deralik kira-kira pukul 5 pagi tadi bersama barang kemas bernilai hampir RM30,000.

Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya, Mohamad Yusri Hashim berkata pasangan itu hidup mewah hanya dengan menggunakan kad pengenalan dan sijil kemahiran palsu untuk mendapatkan kerja.

“Mereka ini memang hidup mewah, pemeriksaan di rumah menemukan seutas jam tangan jenama Rolex bernilai sekitar RM10,000.

“Kita percaya ini hasil daripada si suami yang bekerja di sebuah syarikat swasta terkenal menggunakan sijil kemahiran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) palsu,” katanya dalam sidang media pada akhir operasi itu di sini hari ini.

Operasi oleh JPN Putrajaya dan Perak itu bermula pada pukul 12.30 tengah malam tadi dan berakhir kira-kira pukul 7 pagi yang turut disertai Tentera Darat dan Jabatan Imigresen Malaysia.

Mohamad Yusri berkata dalam satu lagi serbuan di Taman Semudera, pihaknya menahan sepasang lagi suami isteri warga Filipina bersama barangan kemas bernilai RM20,000.


“Kita juga menemukan dua utas jam tangan berjenama dan wang tunai sebanyak RM850 serta beberapa resit gadaian emas yang belum dipajak bernilai ribuan ringgit,” katanya.

Beliau berkata dalam operasi itu, semua yang ditahan berumur lingkungan 20 hingga 60 tahun atas pelbagai kesalahan termasuk memalsukan kad pengenalan selain menggunakan kad pengenalan orang lain.

Katanya operasi berkenaan turut menemukan beberapa sijil kelahiran palsu, kad akaun bank, sijil nikah palsu, kad pesara polis palsu dan lesen memandu palsu.

“Siasatan mendapati mereka membeli kad pengenalan palsu di Sabah dengan harga serendah RM400 sehingga mencecah ribuan ringgit.

“Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya,” katanya. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...

Dua Individu Rompak Wanita Indonesia Ditahan

Subang Jaya : Polis menahan dua individu termasuk seorang wanita warga Indonesia yang dipercayai...

Ketetapan PRU15 Tahun Ini Untuk Kepentingan Rakyat – Ahmad Zahid

PETALING JAYA : Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO berhubung pembubaran Parlimen dalam masa terdekat...

PAS Arah Jentera Parti Sedia Hadapi PRU-15

PAS mengarahkan seluruh Jentera Pilihan Raya Parti di semua peringkat bersiap sedia untuk menghadapi...

Ketua UMNO Alor Setar Sahkan Beliau, Tajuddin Digantung Keahlian Parti

ALOR SETAR : Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail beliau digantung...

Mesyuarat MKT UMNO Terima Peletakan Jawatan Zulhasnan Rafique

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada malam Jumaat memaklumkan bahawa...