• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Rampas RM1 Juta Daripada Beberapa Saksi

oleh AK-47
11/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merampas wang tunai kira-kira RM1 juta daripada beberapa saksi yang dipanggil memberi keterangan berhubung siasatan kes salah guna kuasa dan rasuah melibatkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion.

Sumber rapat SPRM berkata tiga daripada saksi berkenaan memulangkan wang berkenaan secara sukarela kepada SPRM semasa memberi keterangan masing-masing.

“Tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini. Kesemua mereka yang dipanggil memberikan keterangan juga memberi kerjasama baik kepada SPRM dalam mengendalikan siasatan kes itu,” kata sumber itu di sini, hari ini.

SPRM dijangka memanggil lebih ramai lagi saksi untuk memberi keterangan mereka berhubung siasatan ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Dato Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan maklumat itu tetapi enggan mengulas lanjut berhubung siasatan berkenaan.

Pada 4 Oktober lalu, SPRM menahan pengarah dan timbalan pengarah Jabatan Air Sabah serta merampas RM114.5 juta daripada mereka kerana didakwa menyalahgunakan kuasa membabitkan projek infrastruktur.

Ia juga adalah kes rampasan wang tunai terbesar dalam sejarah SPRM.

Hari ini, Majistret Jessica Ombou Kakayun meluluskan permohonan SPRM untuk melanjutkan tahanan reman selama lima hari terhadap pengarah itu dan tujuh hari terhadap tiga lagi suspek termasuk timbalan pengarah itu.- BERNAMA

Tags: rasuahSPRM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan rasa gembira Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak lagi dilabelkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd