Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Veterinar Giat Kenal Pasti...

PUCHONG - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) sedang mengumpul maklumat terperinci bagi mengenal pasti...

Melaka Sedia Pinda Undang-Undang...

Kerajaan Melaka bersedia meminda perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri bagi melaksanakan Rang Undang-Undang...

Audit SEDIC Lenyap Kesangsian...

PUTRAJAYA - Pengauditan yang dijalankan ke atas Unit Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC)...

Najib Dakwa Guan Eng...

BEKAS menteri kewangan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mendakwa penggantinya, Lim Guan...

Seksa Mangsa 3 Hari, Sumbat Mayat Dalam Beg

HONG HONG – Seorang ahli perbankan Britain yang dituduh membunuh dua wanita Indonesia di apartmennya di sini menyeksa seorang mangsanya selama tiga hari ketika khayal akibat menggunakan kokain, kata pendakwa dalam ucapan pembukaan pada perbicaraan terhadap lelaki itu, semalam.

Pembunuhan dua wanita itu yang membawa kepada penangkapan Rurik Jutting pada 2014 menggemparkan Hong Kong yang selama ini terkenal sebagai bandar selamat.

Tertuduh lulusan Universiti Cambridge itu bertugas di cawangan Bank of America-Merrill Lynch di Hong Kong ketika kejadian.

Mayat mangsa, Sumarti Ningsih, 23, dan Seneng Mujiasih, 26, ditemui di apartmen mewah yang didiami Jutting di kawasan pelacuran Wan Chai.

Jutting mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan bunuh dan berdepan hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Pada awal perbicaraan, Hakim Mahkamah Tinggi, Michael Stuart-Moore memberi amaran kepada juri, bukti dikemukakan turut termasuk gambar dan rakaman video yang mengerikan.

Jutting merakamkan dirinya bercakap mengenai pembunuhan berkenaan menggunakan telefon bimbit termasuk menceritakan keseronokannya menguasai Sumarti dan tabiatnya menonton filem porno ganas.

Dia turut mengakui tidak mungkin mampu melakukan perbuatan berkenaan jika tidak mengambil kokain. Selepas membunuh Sumarti, Jutting memasukkan mayat mangsa di dalam beg dan meletakkannya di balkoni.


Sementara itu, Seneng yang berada di Hong Kong menggunakan visa pembantu rumah, bekerja di sebuah bar, tempat dia mengenali Jutting yang menawarkannya wang untuk seks.

Pada hari kejadian, Seneng dilaporkan menjerit selepas melihat tali berhampiran sofa menyebabkan Jutting menariknya dan mengelar lehernya menggunakan pisau yang disorokkan di bawah kusyen.

Jutting yang khayal akibat menggunakan kokain menghubungi polis. Mereka menemui mayat Seneng sebelum menahan Jutting. Mayat Sumarti ditemui beberapa jam kemudian.

Perbicaraan bersambung hari ini dan juri akan melihat rakaman video yang ditemui di dalam iPhone Jutting. – AP/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori