• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka Sedia Pinda Undang-Undang Larang Adun Lompat Parti

oleh AK-47
29/07/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Melaka Sedia Pinda Undang-Undang Larang Adun Lompat Parti
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan Melaka bersedia meminda perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri bagi melaksanakan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan larangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bertukar parti.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata pelaksanaan RUU itu merupakan sebahagian daripada manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lepas.

“Saya sokong RUU berkenaan. Parlimen dah selesai… kita tunggu benda ini (RUU) dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Ada rangka masa yang diberikan kepada negeri-negeri untuk turut serta meminda rang undang-undang ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Melaka, Sidang Dua, Penggal Ke-33 di Melaka hari ini.

Semalam media melaporkan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti atau lebih sinonim dengan istilah ‘lompat parti’ mendapat sokongan lebih dua pertiga ahli dewan, sekali gus melakar sejarah yang mengubah landskap politik tanah air.

RUU Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 itu memperoleh masing-masing sokongan 209 daripada 220 Ahli Parlimen selepas dua kali undi belah bahagian dilakukan, iaitu lebih dua pertiga persetujuan Ahli Dewan Rakyat.

Pindaan mengandungi empat perenggan dan enam fasal, dengan empat daripadanya adalah fasal baharu antaranya menyebut seseorang Ahli Dewan Rakyat akan hilang kerusi dimenanginya, jika wakil rakyat itu bertukar parti.

-Malaysia Kini

Tags: adunMelakapartipindaUndang-Undang Larang Adun Lompat Parti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ADUN DAP Pulau Tikus Kata Beliau Bantu Melestarikan Syiar Islam

ADUN DAP Pulau Tikus Kata Beliau Bantu Melestarikan Syiar Islam

09/08/2026
0

GEORGE TOWN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Pulau Tikus, Joshua Woo Sze Zeng mendakwa beliau membantu melestarikan syiar...

“Saya Panglima Kecil Harus Bertempur Dengan Cara Saya” – PMX Anwar

“Saya Panglima Kecil Harus Bertempur Dengan Cara Saya” – PMX Anwar

07/08/2026
0

MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dirinya sebagai seorang panglima kecil yang harus bertempur dengan cara tersendiri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd