• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Audit SEDIC Lenyap Kesangsian Isu Agihan Dana

oleh Cj Mnh
05/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pengauditan yang dijalankan ke atas Unit Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC) oleh Jabatan Audit Negara akan melenyapkan semua kesangsian dan salah tanggapan tentang dana yang diagihkan oleh unit itu setakat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy berkata sejak bertahun-tahun, SEDIC telah ditugaskan untuk memberi geran dan bantuan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kaum India bagi menjalankan program untuk masyarakat India di Malaysia.

“Soalan telah dibangkitkan mengenai keberkesanan program yang dijalankan oleh organisasi ini menggunakan dana kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini selepas diberi taklimat oleh pegawai Jabatan Audit Negara mengenai pengauditan yang dijalankan ke atas SEDIC semalam.

Waytha Moorthy berkata pengauditan juga melibatkan tiga agensi lain yang diletakkan di bawah unit tersebut iaitu Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan (SITF), Sekretariat Khas untuk Memperkasakan Usahawan India (SEED) dan Pelan Tindakan Masa Depan Sekolah-Sekolah Tamil (PTST) di Malaysia.

“Berdasarkan pengumuman oleh pentadbiran terdahulu, lebih RM2 bilion telah diagihkan melalui perbelanjaan mengurus dan pembangunan untuk melaksanakan program dan projek untuk komuniti India,” katanya.

Oleh itu, beliau menambah audit itu akan menjadi kompleks dan mengambil masa iaitu dalam tempoh enam hingga lapan bulan untuk disiapkan.

“Pengauditan meliputi semua aspek dalam menguruskan unit, termasuk perancangan, pelaksanaan, input, output dan kesan program yang dijalankan oleh unit,” katanya.

Beliau juga berkata SEDIC sedang menjalankan proses penstrukturan semula dan akan mengumumkan struktur baharunya termasuk ketua pengarah dan pelantikan lain tidak lama lagi. – BERNAMA

Tags: Agihan DanaSEDIC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Alih Perhatian Skandal Video Seks Dengan Isu SEDIC

22/07/2019
0

KUALA LUMPUR – MIC memberi amaran kepada Pakatan Harapan (PH) supaya tidak cuba memesong isu skandal video ‘Semburit Sandakan’ yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd