Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Video: Terlelap, Rempuh Lori...

TULAR menerusi media sosial, video sebuah lori muatan telur 'berpusing' setelah dilanggar dari...

Ketua Pembangkang Kelantan Diarah...

KOTA BHARU - Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Datuk Nozula Mat...

Negara Miliki 2.8 Juta...

KUALA LUMPUR - Negara memiliki 2.8 juta warga emas yang berusia 60 tahun...

Gempa Kuat Ragut 5...

PORT MORESBY, PAPUA NEW GUINEA – Gempa bumi kuat berukuran 7.6 pada skala...

Samsung Minta Pengguna Segera ‘Matikan’ Galaxy Note 7

BAGI menghindari insiden yang lebih buruk berlaku, Samsung akhirnya terpaksa akur meminta semua pemilik tempahan awal Galaxy Note 7 mematikan gajet mereka dengan segera.

Ia berikutan daripada beberapa insiden melibatkan bateri Galaxy Note 7 yang dilaporkan meletup ketika dicas dan sebagai langkah keselamatan kepada pengguna peranti itu.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Samsung Malaysia Electronic (SME), pemilik Galaxy Note 7 turut diberi pilihan sama ada memulangkan semua atau menukarkan kepada Samsung Galaxy S6 Edge.

Bagaimanapun ia tertakluk dengan syarat mereka perlu memulangkan set Galaxy Note 7 dalam berkeadaan baik.

“Semua pemilik tempahan awal akan dihubungi Khidmat Pelanggan Samsung, operator rangkaian mobil berkaitan atau rakan kongsi yang terlibat bermula dari 13 Oktober berhubung maklumat program pemulangan semula atau penukaran telefon.

Samsung Minta Pengguna 'Matikan' Galaxy Note 7 Segera

“Anda boleh menghubungi Samsung Malaysia di talian 1-800-88-7799 untuk maklumat penuh berkaitan peranti Note 7 anda,” katanya.

Memandangkan ia masih belum dilancarkan secara rasmi di Malaysia, maka kuantiti yang terlibat mungkin adalah sangat sedikit berbanding negara-negara lain.


Ibu pejabat Samsung di Korea Selatan turut mengesahkan penarikan balik telefon penuh kontroversi itu dari pasaran dan mengumumkan penangguhan jualannya untuk seketika.

Samsung Minta Pengguna 'Matikan' Galaxy Note 7 Segera

Agensi berita Korea Selatan, Yonhap melaporkan Samsung telah menggantung penjualan Galaxy Note 7 pada Selasa, dan bersetuju menggantikannya.

Keputusan itu dicapai selepas syarikat gergasi itu berbincang dengan agensi kerajaan Korea berkaitan Teknologi dan Standard serta pihak berkuasa berkaitan. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Samsung Malaysia

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori