• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabah Beri Kerjasama Penuh Kepada SPRM

oleh AK-47
06/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri Sabah akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan dua pegawai kanan yang ditahan semalam kerana didakwa menyalahgunakan kuasa membabitkan projek infrastruktur di negeri ini.

Ketua menterinya, Datuk Seri Musa Aman berkata kerajaan negeri akan membiarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan mereka secara adil.

“Kerajaan negeri juga akan mengkaji sistem dan prosedur dalam proses tender dan pemberian projek dalam semua jabatan untuk mengenal pasti kelemahan atau jalan keluar yang memberi peluang kepada rasuah dan salah guna kuasa,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Musa juga mengingatkan penjawat awam untuk terus berpegang kepada konsep integriti ketika melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan di jabatan masing-masing.

Hari ini, SPRM merampas RM14.5 juta daripada seorang pengarah dan timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan yang didakwa menyalahgunakan kuasa membabitkan projek infrastruktur bernilai RNM3.3 bilion di Sabah. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Musa AmanSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd