• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Runtuhan Jalan Akibat Laluan Kenderaan Lebih Muatan

oleh Ahmad Albab
14/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kekerapan kenderaan berat lebih muatan menggunakan Jalan Lembah Permai, di sini, dikenal pasti sebagai antara faktor sebahagian struktur jalan itu runtuh semalam, kata anggota exco kerajaan DAP Pulau Pinang.

Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan negeri Lim Hock Seng mengakui bahawa kegagalan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang menyebabkan banyak kenderaan berat melebihi muatan 11 tan yang ditetapkan menggunakan akses jalan itu.

Beliau berkata undang-undang menetapkan hanya kenderaan di bawah muatan 11 tan sahaja boleh melalui jalan yang agak sempit itu tetapi akibat penguatkuasaan yang lemah, banyak kenderaan lebih muatan menggunakan jalan itu tanpa sebarang tindakan.

“Kami sedang meneliti pelbagai aspek termasuk mengkaji kaedah baharu bagi memastikan tiada lagi kenderaan bermuatan lebih 11 tan menggunakan laluan itu selepas projek membaik pulih jalan itu siap,” katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan Penasihat Kejuruteraan negeri Datuk Dr Gue See Sew di sini hari ini.

Beliau berkata sebagai langkah berjaga-jaga, penghuni sebuah rumah terpaksa dipindahkan atas faktor keselamatan dan untuk memudahkan kerja-kerja membaiki jalan.

Lim berkata pihaknya bercadang membuka laluan kontra di lorong bersebelahan runtuhan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas, selain menempatkan pegawai untuk memantau lalu lintas di kawasan itu.

Semalam, jalan raya sepanjang kira-kira 15 meter di Jalan Lembah Permai di sini, runtuh akibat mendapan yang terhasil daripada pergerakan air bawah tanah.

Terdahulu, Gue berkata kerja-kerja membaik pulih struktur jalan raya yang runtuh itu dijangka mengambil masa agak panjang ekoran cuaca yang sering hujan.

“Kebiasaannya, kerja membaik pulih runtuhan jalan dapat disiapkan dalam jangka masa tiga bulan, tetapi faktor hujan tidak menentu akan menyebabkan kelewatan bagi projek ini, mungkin dalam tempoh lima bulan,” katanya. – BERNAMA

Tags: runtuhan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

5 Pekerja Asing Terbabit Dalam Runtuhan Tiada Rekod Caruman PERKESO

5 Pekerja Asing Terbabit Dalam Runtuhan Tiada Rekod Caruman PERKESO

30/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Lima daripada sembilan pekerja asing yang terbabit dalam runtuhan tapak pembinaan di Batu Maung, dekat Bayan Lepas, Pulau...

4 Disangka Tertimbus Rupanya Masih Hidup, Lari Dari Lokasi Kejadian Runtuhan

4 Disangka Tertimbus Rupanya Masih Hidup, Lari Dari Lokasi Kejadian Runtuhan

29/11/2023
0

BAYAN LEPAS: Seramai empat pekerja buruh binaan warga Bangladesh yang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian runtuhan rasuk di tapak pembinaan sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd