• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rumah Dirempuh Kereta, Warga Emas Maut Ketika Tidur

oleh Ahmad Albab
06/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Seorang lelaki yang sedang tidur di ruang tamu rumahnya, maut apabila sebuah pacuan empat roda merempuh kediaman lelaki itu di Permatang Pasir di sini malam tadi.

Ketika kejadian pada 10.45 malam itu, Mat Rasid Mat Sharif, 67, tidur di sofa di ruang tamu tingkat bawah, rumah dua tingkat itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata rempuhan kereta jenis Suzuki yang dipercayai dipandu laju itu menyebabkan dinding batu bahagian bawah rumah berkenaan runtuh dan menghempap lelaki yang sedang tidur tersebut.

“Kereta dipandu lelaki berusia 53 tahun itu dilapor melanggar sebuah kereta lain sebelum merempuh rumah berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata Mat Rasid yang masih bujang itu tinggal dengan beberapa anggota keluarganya di rumah berkenaan.

Mayat Mat Rasid dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan polis telah mengambil keterangan serta sampel darah pemandu kereta terbabit bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: mautwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd