• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RapatkanSaf Satukan Ummah Melalui Hiburan Islami

oleh Ahmad Albab
03/10/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Konsert RapatkanSaf anjuran TV Alhijrah merentas sejarah media penyiaran tanahair apabila disiarkan serentak di TV Alhijrah, TV9, RTM 1, Astro Oasis, Hypp TV, Bernama TV dan Radio Ikim.

Konsert dua jam itu bermula 9.00 malam tadi membabitkan artis popular Malaysia, Indonesia dan Singapura. Tema RapatkanSaf menjadi teras konsep persembahan yang mengangkat irama ketaqwaan, siratulrahim, ummah dan keamanan.

WhatsApp Image 2016-10-03 at 8.06.52 AM

Kemunculan Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Ramli Sarip, Opick, Mawi, Syamsul Yusuf, Awie Rafael, Heliza, Fynn Jamal, Tomok, Altimate, Ustaz Don Daniyal dan Al Farabi menjadikan persembahan muzikal yang mengangkat nilai-nilai Islam bergema dalam lebih 20 lagu dan segmen persembahan.

Siti Nurhaliza tampil dengan Mihrab Cinta, Opick dengan Rapuh serta Ramli Sarip dengan lagu Ziarah menjadikan suara ikon tiga negara ini dipenuhi dengan nada memuji kebesaran Illahi.

WhatsApp Image 2016-10-03 at 8.06.50 AM (1)

Konsert ini dipancarkan secara live dari Alhijrah Big Studio, Cyberjaya.

“Menjadikan saf penyiaran tanahair sebagai pemangkin saf ummah di negara ini satu yang besar maknanya kepada ulangtahun ke enam TV Alhijrah,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Izelan Basar.

Walaupun berada di Ankara Turki, Izelan menyaksikan konsert sempena Maal Hijrah itu melalui paparan website tvalhijrah.com.

WhatsApp Image 2016-10-03 at 8.06.49 AM

WhatsApp Image 2016-10-03 at 8.06.50 AM

“Kami berterima kasih kepada rakan media serta PrimeWork Studio atas kerjasama serta ketinggian semangat ukhwah dalam melaksanakan projek ini,” kata Izelan.

Konsert ini menerima tajaan utama Permodalan Nasional Berhad. Sementara penaja sokongan ialah Dinar Dirham, Al Baghdadi dan Cikgu Hafiz.

“Insyaallah, RapatkanSaf akan menjadi acara tahunan,” kata Izelan. -MYNEWSHUB.CC

WhatsApp Image 2016-10-03 at 8.06.51 AM

WhatsApp Image 2016-10-03 at 8.06.53 AM (1)

WhatsApp Image 2016-10-03 at 8.06.56 AM

Tags: rapatkan saf
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd