Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Bekas CEO FIC Hadir...

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Felda Investment Corporation (FIC) Mohd Zaid Abdul Jalil hadir...

3 Bandar Dipilih Sebagai...

SHAH ALAM - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah mengenal pasti tiga bandar...

Penduduk Baling Bakal Nikmati...

BALING - Penduduk Baling bakal menikmati kemudahan perkhidmatan bas henti-henti dengan tambang serendah...

Malaysia Rujuk Ulama Dunia...

KUALA LUMPUR - Malaysia mendapatkan pandangan dan penjelasan ulama terkemuka dunia tentang hukum...

Pujukan Abang Bomba Gagalkan Gadis Bunuh Diri

KECEKAPAN anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh tidak dapat disangkal lagi apabila berjaya memujuk seorang wanita yang dipercayai cuba terjun dari tingkat 12 apartmen di Desa Aman Putri, Kepong pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 pagi itu, wanita warga Vietnam dilihat duduk di atas tebing luar bangunan di rumahnya.

Keadaan tersebut menyebabkan kesesakan luar biasa di kawasan berkenaan kerana orang ramai dan penduduk setempat turut serta melihat kejadian.

Pujukan Abang Bomba Gagalkan Gadis Bunuh Diri

Wanita berusia 21 tahun itu bertindak sedemikian kerana dipercayai tertekan akibat mempunyai masalah hutang.

Seorang pegawai bomba berjaya memujuk wanita berkenaan selama 15 minit sebelum dia menghulurkan tangan sekaligus membatalkan niatnya untuk terjun.


Kes berkenaan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh menerusi laman Facebooknya turut berkongsi usaha menyelamatkan wanita itu daripada cubaan terjun bangunan.

Dalam video berkenaan, kelihatan beberapa anggota mempersiapkan tali dan usaha memujuk wanita tersebut. – MYEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori