• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Sahkan Dua Mangsa Bunuh Warga Myanmar

oleh AK-47
31/10/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Polis Kelantan mengesahkan dua daripada empat mayat yang ditemui di Kampung Tanjung Hilir, Bekelam, Bachok petang semalam adalah warga Myanmar.

Baca: 4 Mayat Disyaki Mangsa Bunuh Ditemui Di Bachok

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr. Ab Rahman Ismail berkata, mayat berkenaan dikenal pasti oleh rakan mangsa menerusi tatu di lengan kanan sementara identiti dua mangsa lagi sedang dalam pemeriksaan.

Menurutnya, kejadian tersebut dipercayai ada kaitan dengan kehilangan empat warga Myanmar yang dilaporkan dilarikan oleh sembilan suspek warga Indonesia pada 25 Oktober lalu.

Katanya, empat mangsa itu dilarikan dari rumah mereka di Tunjong, Kota Bharu kerana dipercayai berpunca daripada perbalahan agama.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dengan bantuan polis dari Bukit Aman,” katanya pada sidang media.

Sebelum ini media melaporkan, empat mayat lelaki ditemui penduduk kampung kira-kira jam 6.30 petang semalam.

Siasatan awal mendapati, mangsa dibunuh dengan ditekup dengan plastik, ditikam dengan senjata tajam di dada dan perut sebelum dicampak ke semak.

Polis percaya berlaku pergaduhan di tempat lain sebelum mereka dibunuh dengan kejam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Kelantankes bunuhMyanmar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd