• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kelantan Rampas 3 Senjata Api Dalam Seminggu

oleh Ahmad Albab
10/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Polis Kelantan merampas dua senapang buatan sendiri serta satu pump gun dalam Operasi Bersepadu yang dilakukan Jabatan Siasatan Narkotik (JSJN) Kelantan dari 1 Okt sehingga semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr. Ab Rahman Ismail berkata dua senapang buatan sendiri itu dirampas dalam serbuan berasingan di Felda Chiku 5 pada 3 Okt dan Kampung Sungai Lakit, Gua Musang pada 6 Okt lepas.

Ab Rahman berkata pump gun itu pula dirampas hasil serbuan di sebuah rumah di Kok Lanas, juga pada 3 Okt.

“Dalam tiga serbuan itu juga, tiga lelaki berusia 29, 30 dan 42 tahun yang ditahan turut didapati positif dadah jenis methamphetamine,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Beliau berkata dalam kes rampasan senjata api jenis pump gun di Kok Lanas itu, sepasukan anggota dari IPK Kelantan dan Balai Polis Kok Lanas telah menyerbu sebuah rumah dan menahan seorang lelaki berusia 29 tahun.

Katanya ketika pemeriksaan dilakukan dalam sebuah bilik di rumah berkenaan, polis menemui seorang wanita berusia 20-an yang lebam di mata dan badan dipercayai akibat dipukul.

“Pemeriksaan lanjut menemui satu pedang sepanjang 83 sentimeter dalam stor di tingkat bawah rumah itu.

“Pemeriksaan lanjut di dalam sebuah kenderaan di luar rumah pula menemui satu sarung raket badminton dan di dalamnya ada pump gun serta lima peluru penabur bersama enam peluru 9mm,” katanya.

Ab Rahman berkata suspek berkenaan direman selama enam hari bermula dari tarikh ditangkap sehingga hari ini dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Beliau berkata polis akan cuba menyambung perintah tahanan reman ke atas lelaki terbabit kerana percaya suspek mempunyai elemen sindiket dalam melakukan aktiviti jenayah.

Sementara itu, Ab Rahman berkata dalam Operasi Bersepadu itu juga pihaknya menahan 543 individu, dengan 22 suspek dipercayai pengedar dadah, 142 orang kerana memiliki dadah, 377 orang positif dadah dan dua lagi mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985.

Beliau berkata polis juga merampas pelbagai jenis dadah termasuk 3,820 pil kuda serta syabu seberat 64.42 gram yang dianggarkan bernilai RM156,019. – BERNAMA

Tags: polissenjata api
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

SWAT Berjaya Bunuh Buaya Di Sungai Samarahan

Next Post

BN Perak Tidak Gentar Dengan Mainan Politik Tun M

Related Posts

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

12/05/2025
0

Ampang: Sebanyak 43 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan lima motosikal disita menerusi Op Didik di sebuah sekolah menengah di...

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

04/05/2025
0

Shah Alam: Sepasang kekasih yang disyaki mencuri sejumlah barang kemas di sebuah kedai emas di daerah ini diberkas di Puncak...

Next Post

BN Perak Tidak Gentar Dengan Mainan Politik Tun M

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd