• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buru Lelaki Bakar Rumah Sendiri Di Ipoh

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kebakaran sebuah sebuah rumah di Taman Kuan Won Yuen di Jalan Bendahara di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata suspek dikenali sebagai Muhamad Safie Mahat, 41, yang juga merupakan penghuni rumah tersebut melarikan diri selepas bertindak membakar rumah itu

Beliau berkata hasil siasatan pihaknya mendapati wujud unsur jenayah dalam kejadian tersebut.

“Polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tampil membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sum berkata kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan menggunakan api atau benda letupan dengan niat menyebabkan kerosakan

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, lima rumah teres papan musnah terbakar, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kerugian sedang disiasat.

Difahamkan, suspek bertindak membakar rumah yang disewanya itu selepas berlaku pergaduhan dengan isterinya.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Pasir Putih menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.36 petang dan berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya kira-kira sejam kemudian. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

16 Syarikat Indonesia Terlibat Bakar Hutan, Hanya Satu Pada Malaysia – Polis Indonesia

16 Syarikat Indonesia Terlibat Bakar Hutan, Hanya Satu Pada Malaysia – Polis Indonesia

30/10/2026
0

Oleh Mynewshub Dua Singapura dan satu Korea Selatan turut dinamakan JAKARTA: Di sebalik desakan sesetengah pihak di Indonesia yang menuding...

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd