Tuesday, February 27, 2024

Creating liberating content

Ryan Gosling Beri Bunga...

AKTOR kacak Ryan Gosling sekali lagi memberikan penghormatan kepada peminatnya, Ryan McHenry yang mati...

PAN Dakwa Ibu Bapa...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa kononnya tahun 2017 adalah tahun...

Malaysia Akan Bantu Palestin...

KUALA LUMPUR - Malaysia akan menghantar sumbangan kepada Palestin bagi membantu usaha negara...

Lanjutan PKP: KKM Maklumkan...

PUTRAJAYA - Keputusan sama ada untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dimaklumkan...

PM Lancar Pasukan Bersepadu NSOF Atasi Keganasan Awal

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Pasukan Operasi Khas Nasional (NSOF) yang berperanan sebagai satu pasukan tetap untuk bertindak pantas bagi menangani ancaman keganasan.

NSOF dianggotai pasukan khusus daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Penubuhan pasukan itu adalah sebahagian daripada inisiatif keselamatan negara di bawah cabang Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di bawah aspek keselamatan.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataan, berkata operasi NSOF bergantung kepada bentuk ancaman keganasan terhadap kepentingan dan keselamatan negara.

“Dalam keadaan ini, NSOF bertindak sebagai pasukan bertindak pantas bagi membendung keganasan di peringkat awal. Unit Darat, Udara dan Maritim akan digerakkan sebagai kumpulan awal dan seterusnya akan menghadapi, menawan dan menghapuskan ancaman tersebut.

“Pada masa sama, kumpulan sokongan akan membantu sekiranya diperlukan dan apabila bentuk ancaman telah dapat diatasi, NSOF akan menyerahkan semula operasi lanjutan kepada pasukan keselamatan berkaitan,” demikian menurut kenyataan itu.

PM Lancar Pasukan Bersepadu NSOF Atasi Keganasan Awal

PM Lancar Pasukan Bersepadu NSOF Atasi Keganasan Awal

Permohonan perjawatan baharu akan dibuat sebaik sahaja pasukan itu mula beroperasi dan buat permulaan, semua perjawatan NSOF adalah dipinjamkan daripada ATM, PDRM dan APMM.


Kumpulan pertama NSOF akan bertugas sekurang-kurangnya tiga tahun, manakala kumpulan berikutnya akan bertugas bagi tempoh tidak kurang dua tahun.

Dalam tempoh tersebut, setiap anggota akan memberi tumpuan sepenuh masa kepada tugas dan peranan NSOF.

Tugas utama NSOF adalah menawan dan menghapuskan segala bentuk keganasan sama ada di daratan atau perairan negara; menentukan NSOF sentiasa berada dalam keadaan siapsiaga untuk digerakkan dengan pantas bagi menangani ancaman keganasan.

Selain itu, melatih secara berterusan dan bersama melalui program Latihan Integrasi Pasukan (FIT) bagi meningkatkan kepakaran untuk menghadapi semua keadaan kritikal sebagai satu pasukan khusus; menyediakan pelan kontingensi untuk menangani semua keadaan dan ancaman kepada kepentingan dan keselamatan negara serta melaksanakan tugas-tugas lain apabila diarahkan.

Turut hadir, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim; Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori