• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADUN, Bekas Kerani Mengaku Tidak Bersalah Pecah Amanah

oleh
09/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai dan seorang bekas kerani Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) mengaku tidak bersalah atas 34 pertuduhan pecah amanah dana Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) berjumlah RM318,400 dua tahun lalu.

Tertuduh, Datuk Hasan Abd. Rahman, 57, dan Khuzaimah Abdullah, 34, yang masing-masing dihadapkan dengan 34 pertuduhan membuat pengakuan itu sejurus dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin.

Berdasarkan kesemua pertuduhan terhadap Hasan, tertuduh yang telah diamanahkan ke atas peruntukan NBOS 2016 untuk negeri Melaka bagi Projek Tanaman Jagung, Tanaman Pisang dan Sayuran – Gantian Cili dan Ternakan Rusa didakwa telah melakukan pecah amanah dengan menandatangani 34 keping cek berjumlah keseluruhan RM318,400.

Kesemua pembayaran itu bagaimanapun tidak diterima oleh penerima projek tersebut.

Mengikut pertuduhan kesemua kesalahan itu dilakukan tertuduh di pejabat Japerun, Kompleks Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Sungai Rambai, Jasin antara 20 Februari 2017 hingga 17 Januari 2018.

Sementara itu, Khuzaimah didakwa atas pertuduhan bersubahat dengan Hasan untuk melakukan jenayah pecah amanah dana NBOS bagi projek-projek tersebut pada tempat dan masa yang sama.

Bagi kesalahan itu, kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan dengan Khuzaimah dibaca bersama Seksyen 109 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan hendaklah dikenakan denda.

Timbalan Pendakwa Raya, Gan Peng Kun mencadangkan jaminan sebanyak RM50,000 setiap seorang dan meminta passport kedua-dua tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Hasan diwakili Peguam Hamidi Mohd. Noh dan Mohd. Haziq Razali manakala Khuzaimah diwakili Peguam Ahmad Faiq Azizan dan Muhammad Nor Izzat Nordin.

Mohd Nasir kemudian membenarkan kedua-dua mereka dijamin sebanyak RM50,000 setiap seorang dan mengarahkan passport mereka diserahkan kepada mahkamah.

Beliau menetapkan tarikh 20 Ogos sebagai sebutan semula kes.

Tags: adunjaperunKes Pecah AmanahNBOS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bersatu Pecat Dua ADUN, Gantung Keahlian Tujuh Wakil Rakyat

Bersatu Pecat Dua ADUN, Gantung Keahlian Tujuh Wakil Rakyat

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Parti Bersatu memecat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang pemimpin Armada Nasional, manakala tujuh lagi...

DAPSY Hilang Akal Desak Pecat Menteri Luar, Jadikan Mohamad Hasan ‘Kambing Hitam’?

DAPSY Hilang Akal Desak Pecat Menteri Luar, Jadikan Mohamad Hasan ‘Kambing Hitam’?

30/04/2026
0

DALAM politik kadang-kadang yang paling kuat bersuara bukan semestinya yang paling tepat hujahnya. Isu melibatkan sayap pemuda DAPSY mendesak Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd