• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pinda Akta Syariah, Bendung Perkahwinan Bawah Umur

oleh Ahmad Albab
10/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang bekas hakim syariah menggesa supaya undang-undang syariah dipinda bagi membendung perkahwinan kanak-kanak.

Bekas ketua hakim syariah dan Mufti Terengganu, Datuk Ismail Yahya berkata, umur minimum untuk perempuan Muslim berkahwin adalah 16 tahun.

Bagaimanapun katanya, berdasarkan undang-undang sedia ada, gadis di bawah umur masih boleh berkahwin jika mendapat kelulusan ketua menteri.

Merujuk kepada Al-Quran, beliau berkata Islam menggalakkan perkahwinan untuk orang dewasa sahaja.

“Untuk mengelakkan sebarang komplikasi masa depan seperti masalah perceraian dan kesihatan, kita perlu menyeragamkan undang-undang syariah dan menetapkan umur minimum untuk berkahwin adalah 18 tahun,” katanya pada satu forum mengenai perkahwinan kanak-kanak.

Pindaan ini akan mencegah perkahwinan di bawah umur, kata Pengarah Eksekutif Sisters In Islam (SIS), Rozana Isa.

“Kebimbangan kami adalah bahawa Islam sedang dimanipulasi.

“Untuk melepaskan diri dari jenayah, perogol sanggup berkahwin dengan mangsa mereka – walaupun mereka berada di bawah umur,” katanya.

Forum anjuran SIS bertajuk ‘Nikah Bawah Umur: Cinta atau Eksploitasi’ turut menampilkan ahli panel seperti wakil UNICEF ke Malaysia, Marianne Clark-Hattingh dan Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang Syariah Majlis Peguam Malaysia, Datuk Kuthubul Zaman Bukhari.

Pindaan undang-undang iaitu syariah dan sivil turut dibangkitkan semasa forum itu.

Kuthubul mencadangkan pindaan Seksyen 10 Undang-Undang Sivil Malaysia berkaitan dengan perkahwinan kanak-kanak.

“Ketua Menteri mesti memikirkan mengenai apa yang terbaik kepada kanak-kanak itu dalam fikirannya apabila berhadapan dengan permintaan untuk membenarkan perkahwinan bawah umur.

“Bagaimana kita boleh membenarkan perogol mengahwini mangsanya? Undang-undang ini perlu diubah,” katanya.

Walau bagaimanapun, Clark-Hattingh berkata bahawa perubahan undang-undang tidak cukup untuk menghalang perkahwinan di bawah umur daripada berlaku. – The Star/mStar Online

Tags: Mahkamah Syariahperkahwinan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Arif Aiman Tamat Zaman Bujang, Sah Nikahi Nurul Aliah Natasha

Arif Aiman Tamat Zaman Bujang, Sah Nikahi Nurul Aliah Natasha

25/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Bintang sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menamatkan zaman bujangnya apabila selamat diijabkabulkan dengan wanita...

‘Gabungan Politik Macam Perkahwinan, Lima Tahun Pertama Ujian Besar’ – Amanah Pahang

‘Gabungan Politik Macam Perkahwinan, Lima Tahun Pertama Ujian Besar’ – Amanah Pahang

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly menyifatkan gabungan parti politik sebagai satu hubungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd