• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesawat Bawa PM Singapura Ke Udaipur Berpatah Balik

oleh AK-47
05/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Sebuah pesawat yang membawa Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong ke Udaipur, India terpaksa berpatah balik ke New Delhi berikutan cuaca buruk.

“Kadang-kadang alam semulajadi mempunyai rancangannya sendiri. Kami hanya sepuluh minit sahaja jauhnya dari Udaipur apabila cuaca buruk dan jarak penglihatan terhad memaksa pesawat kami berpatah balik ke New Delhi,”kata Lee dalam laman Facebook beliau.

“Menunggu di lapangan terbang Delhi sekarang, dengan harapan cuaca kembali baik dan kami boleh ke Udaipur (lagi). Tunggulah berita terkini,” kata Lee dalam catatannya.

Catatan beliau disertai dengan rakaman video tentang cuaca buruk yang dialaminya susulan pembatalan pendaratan pesawat itu di Udaipur.

Lee mengadakan lawatan kerja lima hari ke India bermula 3 Okt. Lee berada di New Delhi selama tiga hari sebelum ke Udaipur mulai hari ini sehingga 6 Okt.

Beliau diiringi isterinya Ho Ching, Menteri Perdagangan dan Industri S Iswaran, Pemangku Menteri Pendidikan (Pengajian Tinggi dan Kemahiran), Menteri Negara Kanan bagi Pertahanan Ong Ye Kung serta Menteri Negara Kanan bagi Pertahanan dan Ehwal Luar Mohamad Maliki Osman.

Turut menyertai delegasi Lee ialah Ahli-ahli Parlimen Denise Phua dan Vikram Nair serta pegawai-pegawai dari Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Perdagangan dan Industri serta Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ekoran catatan pengalamannya itu, laman Facebook Lee menerima banyak maklum balas termasuk ramai yang mendoakan keselamatan beliau dan delegasinya sepanjang perjalanan pulang ke Singapura. – BERNAMA

Tags: pesawatpm
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Perlukan PMX Anwar Terus Tadbir Negara – Mohamad Sabu

Rakyat Perlukan PMX Anwar Terus Tadbir Negara – Mohamad Sabu

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia memerlukan kepimpinan yang tenang, stabil dan jelas hala tuju dalam menghadapi dunia yang semakin penuh dengan...

PM Anwar Telah Hubungi 10 Pemimpin Negara Asing Usaha Redakan Perang Asia Barat

PM Anwar Telah Hubungi 10 Pemimpin Negara Asing Usaha Redakan Perang Asia Barat

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat sekurang-kurangnya 10 panggilan telefon kepada pemimpin negara asing sejak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd