• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tutup Jalan Bina MRT Di Sprint, Lebuh Raya Cheras-Kajang

oleh Ahmad Albab
05/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penutupan jalan bagi kerja-kerja pembinaan MRT di Lebuhraya Sprint dan Lebuhraya Cheras-Kajang akan terus dijalankan bermula 5 sehingga 31 Okt ini.

MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd yang merupakan rakan pelaksana projek berkenaan, berkata antara jalan terlibat ialah Lebuhraya Sprint/Jalan Semantan selama 24 jam setiap hari, bermula di hadapan Semantan Suites sehingga persimpangan Jalan Damansara Endah.

“Semasa penutupan jalan ini, dua laluan akan disediakan untuk pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur menghala ke Petaling Jaya (PJ),” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Penutupan sepenuhnya pada sebelah malam melibatkan Lebuhraya Sprint/Jalan Semantan (kedua-dua arah Kuala Lumpur dan Petaling Jaya) akan bermula 10 malam sehingga 5 pagi (Isnin hingga Jumaat), dan 12 tengah malam (Sabtu) sehingga 12 tengah hari (Ahad), dan penutupan itu akan dilakukan sekejap-sekejap dari KM7.4 hingga KM8.1.

“Pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur menghala ke Petaling Jaya di Lebuhraya Sprint/Jalan Semantan akan dilencongkan ke jalan ke Pintu 2 Istana ke Lorong Dungun, terus ke Jalan Gelanggang dan kemudian belok kiri ke Jalan Beringin dan di bawah jejambat untuk memasuki Lebuhraya Sprint.

“Pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur menuju ke Jalan Damansara, Jalan Jelutong dan Jalan Damansara Endah akan dilencongkan sehingga jalan Pintu 2 Istana, ke Lorong Dungun, terus ke Jalan Gelanggang, kemudian ke kiri ke Jalan Beringin dan di bawah jejambat untuk memasuki Lebuhraya Sprint, melepasi Pusat Bandar Damansara dan menaiki curam sebelum bersambung di Jalan Damansara, Jalan Jelutong dan Jalan Damansara Endah,” kata kenyataan itu.

Pengguna jalan raya dari Petaling Jaya yang dalam perjalanan pulang ke PJ/Bangsar akan dilencongkan ke Jalan Damanlela, ke kiri ke Jalan Damansuria sebelum bersambung kembali ke Lebuhraya Sprint.

Menurut kenyataan itu, jejambat Sprint berhampiran Pusat Bandar Damansara (arah PJ) akan diadakan penutupan jalan penuh sementara bermula 10 malam sehingga 6 pagi (Isnin hingga Jumaat), dan 12 tengah malam (Sabtu) sehingga 12 tengah hari (Ahad) secara sekejap-sekejap.

Semasa penutupan jalan itu, pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur menuju ke PJ akan dilencongkan ke Jalan Johar dan kemudian belok kiri ke Jalan Beringin.

Di bulatan, ambil jalan keluar kedua untuk meneruskan perjalanan ke Jalan Beringin dan belok kiri di persimpangan untuk pergi ke Persiaran Bukit Kiara sebelum memasuki Lebuhraya Sprint untuk pergi ke PJ, manakala pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur ke Jalan Maarof tidak akan terjejas, kata kenyataan itu.

Selain itu, terus ditutup ialah lorong paling kanan dari persimpangan bertingkat Kiara ke Wisma Lensa (Menuju KL dan PJ) dari 10pagi hingga 4ptg dan 10mlm hingga 6 pagi, (luar waktu kemuncak setiap hari); Jalan Maarof dari simpang Jalan Medang Serai ke persimpangan bertingkat Maarof bagi kedua-dua haluan (10mlm hingga 6 pagi).

“Penutupan lorong diteruskan bersebelahan Sprint Highway (Damansara Tol Plaza (10mlm hingga 6pagi) dan Sprint Highway selepas stesen Petronas, Seksyen 16 Menuju KL (Isnin hingga Jumaat, 10mlm hingga 6pagi dan 12pagi pada Sabtu ke 12mlm pada Ahad).

“Sementara itu, lorang yang terus ditutup berlaku mulai 5 Okt hingga hingga 30 Okt di KM14.4 hingga KM14.8 di Cheras Kajang Highway (10mlm hingga 5pagi); Exit 702, persimpangan bertingkat Hulu Langat, Menuju Kajang dan Exit 703, persimpangan bertingkat Telekom, Menghala ke Kajang, Cheras Kajang Highway (10mlm hingga 5 pagi); Exit 702, persimpangan bertingkat Hulu Langat, Menghala ke KL (10malam hingga 5 pagi) dan KM13.3 hingga KM13.6 Cheras-Kajang Highway (9pagi hingga 4ptg),” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, jalan yang turut terjejas ialah KM10.7 hingga KM10.10 di Cheras-Kajang Highway (9pagi hingga 4ptg); booth tol Batu 11 pada Cheras-Kajang Highway (9pagi hingga 4ptg); Exit 701 di persimpangan bertingkat PGA Cheras Kajang Highway (10mlm hingga 5pagi) dan Exit 703 persimpangan bertingkat Telekom di Cheras-Kajang Highway (10mlm hingga 5pagi). – BERNAMA

Tags: LebuhrayaMRT
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Peminat Tarik Zip Baju Penyanyi Ketika Persembahan

Next Post

Awie Dakwa Bakal Isteri Ke-3, Anak Terkena Sihir

Related Posts

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Khabar gembira untuk rakyat Malaysia khususnya warga kota apabila mereka boleh menikmati tambang percuma bagi Transit Aliran...

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Warga kota kini boleh menikmati perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya fasa 2 yang mula dibuka...

Next Post

Awie Dakwa Bakal Isteri Ke-3, Anak Terkena Sihir

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd