• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjenayah Ganas Sangat Dikehendaki Ditembak Mati

oleh Ahmad Albab
10/10/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang penjenayah sangat dikehendaki mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Simpang Lima, berhampiran Pekan Gurney, daerah Manjung, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, suspek berusia 29 tahun memandu kereta jenis Proton Waja dalam keadaan mencurigakan di pekan Air Tawar, sebelum diekori polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Perak, Datuk Gan Tian Kee, berkata sebaik menyedari diekori, suspek memecut laju keretanya hingga ke Simpang Lima sebelum terbabas.

Katanya, ketika dihampiri polis, pihaknya terdengar bunyi tembakan dan melihat percikan api dari arah kereta berkenaan.

“Pegawai dan anggota polis mengambil tindakan melepaskan tiga das tembakan ke arah suspek sebelum menemuinya mati berhampiran kereta berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini sebentar tadi.

Tian Kee berkata, hasil pemeriksaan dalam kereta, polis menemui sepucuk pistol, lima butir peluru, satu kelopak peluru, sebilah parang dan dua telefon bimbit.

“Hasil semakan polis mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau termasuk kes dadah, mendatangkan cedera menggunakan senjata api dan cubaan bunuh dengan melepaskan tembakan di Kampung Tun Sambanthan, Ayer Tawar, dua tahun lalu.

“Suspek dipercayai giat melakukan kegiatan jenayah di kawasan Sitiawan dan Lumut,” katanya. – BHarian Online

Tags: penjenayah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjenayah Ditembak Mati Di Jitra Ada 40 Kes Jenayah

Penjenayah Ditembak Mati Di Jitra Ada 40 Kes Jenayah

05/07/2025
0

JITRA: Seorang daripada dua penjenayah yang maut selepas berbalas tembakan dengan polis di susur masuk Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Bandar...

Rakaman CCTV Penjenayah Pecah Masuk Kediaman Sebelum Ditembak Mati Tular

Rakaman CCTV Penjenayah Pecah Masuk Kediaman Sebelum Ditembak Mati Tular

14/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Satu video memaparkan empat penyamun memasuki sebuah rumah di Desa Vista, di Sepang sebelum tiga daripada mereka ditembak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd