• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengurusan Sumber Perlu Efektif, Jamin Pengeluaran Makanan

oleh Ahmad Albab
24/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Iklim dunia yang sentiasa berubah memerlukan pengurusan sumber termasuk tanah dan air yang efektif bagi menghasilkan pengeluaran makanan yang mampan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Yahya Hussin berkata kaedah dan persediaan perancangan yang rapi perlu bagi mengadaptasi perubahan iklim yang menyebabkan banjir dan kemarau luar biasa.

Katanya, sistem pemuliharaan kesuburan tanah pertanian dan sumber air pengairan yang efektif mampu untuk menentukan kelestarian hasil pertanian.

Menurutnya mengikut sumber Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu, lebih 40 peratus daripada peningkatan pengeluaran makanan datang dari kawasan yang disediakan dengan sistem pengairan dan saliran.

“Hal demikian memerlukan kreativiti dan inovasi terhadap ilmu, teknologi, polisi dan pengurusan pertanian sedia ada,” katanya ketika merasmikan Persidangan Serantau Pertanian Lestari anjuran Fakulti Pertanian Lestari Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kampus Batu 10 dekat sini, hari ini.

Hadir sama, Naib Cancelor UMS Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah dan Dekan Fakulti Pertanian Lestari UMS Prof Dr Wan Mohamad Wan Othman.

Sehubungan itu, Yahya yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah mahu penyelidik UMS memainkan peranan utama menghasilkan idea dan memperkenalkan teknologi yang dapat diadaptasi dalam memodenkan sektor pertanian negara walaupun berhadapan dengan cabaran besar.

Katanya idea dan teknologi itu antaranya boleh ditumpukan dalam bidang agronomi, penjenteraan pertanian, sistem pengairan, akuakultur dan ternakan haiwan.

Beliau berkata kementeriannya sentiasa bersedia bekerjasama dengan penyelidik UMS dalam menentukan kaedah pertanian lestari dan efektif bagi penanaman sumber makanan.

Menurutnya ini termasuk meminta UMS membantu pegawai dan kakitangan di kementeriannya untuk kursus penyegaran dan perkongsian ilmu serta penemuan baharu dalam bidang pertanian. – BERNAMA

Tags: makananSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd