• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengerusi SIC Perlu Ada Minat Terhadap Sukan Motor

oleh AK-47
14/10/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mempunyai minat yang mendalam terhadap sukan permotoran adalah ciri utama yang perlu ada pada calon Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC), kata Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali.

Bagaimanapun, beliau berkata keputusan muktamad berkaitan calon yang akan mengisi kekosongan jawatan itu tertakluk kepada Kementerian Kewangan.

“Saya tidak tahu siapa akan mengambil alih jawatan Pengerusi SIC. SIC ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan, jadi keputusan akan dibuat oleh mereka atau perdana menteri sendiri,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Razlan berkata apa yang penting, individu yang akan dilantik sebagai Pengerusi itu dapat meneruskan perancangan utama SIC dan mempunyai pengetahuan mendalam tentang sukan permotoran antarabangsa.

Semalam, satu kenyataan media mengumumkan Tan Sri Mokhzani Tun Mahathir telah melepaskan jawatan sebagai anggota Lembaga Pengarah SIC berkuat kuasa serta merta, selepas 13 tahun berkhidmat dengan SIC.

Sementara itu, Razlan ketika diminta mengulas mengenai peletakan jawatan itu berkata beliau telah dimaklumkan mengenai perkara itu pada 10 Okt lepas.

Katanya alasan peletakan jawatan berkenaan adalah atas sebab peribadi.

Beliau berkata sepanjang perkhidmatan lebih satu dekad itu, Mokhzani telah membawa banyak perubahan dalam sukan permotoran tempatan dan antarabangsa.

“Sebelum SIC mempunyai CEO, beliau sendiri yang menguruskan SIC. Ketika saya masuk SIC, beliau banyak memberi tunjuk ajar serta nasihat untuk memastikan pengurusan SIC ditadbir dengan baik.

“Bekerja dengan beliau adalah pengalaman yang tidak akan saya lupakan. Beliau mempunyai visi yang jelas untuk SIC dan banyak melancarkan pengurusan SIC sehingga sekarang,” katanya.

Razlan berkata Formula Satu dan Kejuaraan Motosikal Grand Prix (MotoGP) telah berjaya menarik ramai peminat tempatan dan antarabangsa untuk menyaksikan dua perlumbaan berprestij itu sejak dijalankan di Litar Sepang. – BERNAMA

Tags: SIC
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Runtuhan Jalan Akibat Laluan Kenderaan Lebih Muatan

Next Post

Najib Rakam Penghormatan Kepada Raja Thailand

Related Posts

SIC Yakin Jumlah Kehadiran Penonton Dapat Terus Ditingkatkan

05/11/2018
0

SEPANG - Kehadiran penonton yang melepasi sasaran awal pada hari perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia semalam, meyakinkan pihak promoter sukan...

SIC Bantu Cari Pelumba Gantian Moto2 Di Sepang

27/10/2018
0

SEPANG - Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dalam usaha memberi bantuan mencari pelumba gantian bagi mengganti pelumba Moto2 Tech 3 Racing...

Next Post

Najib Rakam Penghormatan Kepada Raja Thailand

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd