Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Marsha Akui Sedang Bercinta...

PENYANYI dan pelakon kelahiran program realiti Akademi Fantasia musim ketiga, Marsha Milan Londoh...

Puasa 3 Hari Boleh...

AMALAN berpuasa bukanlah suatu perkara yang asing di kalangan masyarakat beragama Islam. Namun, hanya...

Khairul Fahmi Belum Fikirkan...

KOTA BHARU - Penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi Che Mat belum memikirkan tawaran...

2 Pemandu Teksi Kena...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menjelaskan dua pemandu teksi yang...

Penganggur Tetak Ibu Dihadap Ke Mahkamah

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur yang sebelum ini dilapor menetak ibunya sehingga mati didakwa di Mahkamah Majistret Ampang hari ini.

Rahmat Shahir Rashdan Shakir, 23, dituduh membunuh ibu kandungnya Halimaton Katan, 49, di sebuah kondominium beralamat 2B-01-08, Blok B, Menara Jade, Bukit Indah, Ampang antara 3 hingga 4 pagi pada 4 Oktober lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh kerana kes itu merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 7 Disember untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori