• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Kampung Tok Muda, Kapar Mula Berpindah

oleh Ahmad Albab
15/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Sebilangan penduduk Kampung Tok Muda, Kapar di sini mula berpindah ke pusat penempatan mangsa banjir sejak 2 petang ini sebagai langkah awal menghadapi fenomena air pasang besar.

Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Bencana Selangor, Kolonel Ahmad Afandi Mohamad berkata setakat 3.30 petang, 37 keluarga telah mendaftar di Dewan Orang Ramai Kampung Tok Muda.

“Pusat ini mampu menampung sehingga 50 keluarga dan dijangka lebih ramai akan mendaftar menjelang lewat petang nanti dan awal pagi esok,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata 100 kakitangan pelbagai agensi kerajaan antaranya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Kesihatan Daerah dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan bertugas secara bergilir-gilir di pusat pemindahan itu.

Katanya lagi, fenomena air pasang besar pertama direkodkan pada 6 pagi tadi pada paras 5.2 meter.

Sebelum ini, Jawatankuasa Bencana Selangor melaporkan fenomena air pasang besar dijangka berlaku esok hingga Rabu ini dengan kenaikan paras air mampu mencecah ketinggian 5.6m hingga 5.7m.

Peningkatan paras air laut berkenaan boleh menyebabkan beberapa tempat di sekitar pesisir pantai termasuk kawasan rendah berisiko dilanda banjir.

Dalam pada itu, seorang penduduk kampung berkenaan, Siti Nadiah Rusman, 37, ketika ditemui menyatakan tindakannya berpindah awal ke pusat pemindahan itu adalah sebagai langkah berjaga-jaga.

“Diharapkan air pasang kali ini akan berakhir dengan cepat, barang-barang semua saya dah pindahkan ke tempat tinggi,” katanya.

Pada fenomena sama bulan lepas, Kampung Tok Muda merupakan antara kawasan di Selangor yang dilanda banjir menyebabkan harta benda penduduk rosak teruk. – BERNAMA

Tags: air pasang besar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

Air Pasang Besar, Kuala Kedah Dinaiki Air Laut

Air Pasang Besar, Kuala Kedah Dinaiki Air Laut

07/05/2023
0

ALOR SETAR : Beberapa kawasan di Kuala Kedah dinaiki air laut berikutan fenomena air pasang besar yang bermula hari ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd