• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Harap Dapat Akhiri Ancaman Buaya

oleh Ahmad Albab
04/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA SAMARAHAN – Jeriah Suhaili tidak menyangka pesanan harian terhadap anak lelakinya supaya berwaspada dengan ancaman buaya di Sungai Tuang di sini, akhirnya membawa perkhabaran tentang kematiannya dibaham reptilia itu.

Memandangkan keluarganya hanya bersandarkan kepada pendapatan daripada memukat ikan, Jeriah, 64, berkata anak sulungnya, Ismadi Osman, 38, terpaksa turun ke sungai itu setiap hari walaupun menyedari kehadiran buaya.

“Setiap kali turun ke sungai, makcik memang sentiasa beri nasihat sebab tahu di sungai itu ada buaya. Ismandi pun faham keadaan itu…dia selalu cakap sungai itu punca rezeki walaupun ada buaya,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Pinang hari ini.

Pada 16 Sept lepas, Ismandi dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang diadakan menemui kesan pergelutan di tebing sungai tempat mangsa memeriksa pukatnya.

Selepas 18 hari, Ismandi masih gagal ditemukan.

Walaupun berbahaya dan di usia emas, Jeriah turut menyertai pasukan penyelamat operasi SAR sebanyak dua kali bagi mencari mayat anaknya itu.

Ketika ditanya mengenai pengumuman buaya di Sarawak boleh diburu dan dijual selepas peraturan diperinci, Jeriah berkata itu keputusan yang baik memandangkan ancaman buaya sering dihadapi penduduk kampung khususnya yang tinggal di sepanjang sungai.

Semalam, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata beliau akan berbincang dengan kerajaan negeri Sarawak bagi memperhalusi dan menetapkan garis panduan serta peraturan dalam memburu dan memperdagang buaya, yang dijangka mengambil tempoh kira-kira enam bulan sebelum dimuktamadkan.

Beliau berkata ia susulan kejayaan Malaysia menurun taraf kategori buaya daripada Apendiks I kepada Apendiks II di mesyuarat Persidangan Pihak-pihak yang menyertai Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Flora dan Fauna Liar Terancam (CITES) di Afrika Selatan ketika ini, yang akan membolehkan buaya di Sarawak diburu dan diperdagangkan.

Berdasarkan penyelidikan pada 2015, terdapat 13,500 buaya di lebih 40 sungai Sarawak, dan Kota Samarahan mencatat peratus peningkatan populasi cukup tinggi, menjangkau sehingga 108.5 peratus pada tahun ini berbanding 1985, manakala Limbang 38 peratus dan Batang Lupar 28 peratus.

Bagi Long Bashah, 59, dari kampung sama, beliau sudah tidak ke kebun buah-buahannya di hulu sungai itu sejak peristiwa serangan buaya berlaku.

Kebiasaannya, beliau menggunakan perahu untuk ke kebun dengan jarak perjalanan kira-kira 10 minit kerana lebih mudah berbanding menggunakan jalan raya yang mengambil tempoh masa lebih panjang.

Long berkata setiap kali mengemudi perahu untuk mudik ke hulu, beliau sentiasa melihat buaya ‘berjemur’ di tebing sungai.

“Kamu nak saiz macam mana? Besar atau kecil semua ada. Tetapi bila saya nampak memang laju pulas enjin jauhkan diri dari kawasan tersebut sambil berdoa dia tidak datang dekat,” katanya.

Buaya tidak hanya memberi ancaman kepada penduduk di sepanjang sungai malah, memerlukan pasukan SAR terpaksa lebih berhati-hati.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Nor Hisham Mohamad berkata langkah-langkah keselamatan seperti penelitian risiko kawasan perlu diberi perhatian melibatkan operasi di sungai bagi mengelakkan pasukan penyelamat diancam dengan serangan buaya.

“Antara langkah yang diambil ialah pencarian menerusi kaedah penyelamatan permukaan air serta penggunaan lebih banyak bot penyelamat…unit skuba hanya membuat selaman selepas semua risiko diambil kira,” katanya ketika dihubungi di sini. – BERNAMA

Tags: Buaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

16/02/2026
0

  SIMEULUE, INDONESIA – Seorang wanita dilaporkan maut selepas diserang seekor buaya muara ketika sedang mencari lokan di kawasan muara...

Buaya Sesat Muncul Di Jalan Raya Marina, Miri

Buaya Sesat Muncul Di Jalan Raya Marina, Miri

02/11/2025
0

Buaya Sesat Muncul di Jalan Raya Marina, Miri   MIRI: Pengguna jalan raya di kawasan Marina Fasa 1 di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd