• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Hairan Sg. Semantan Didakwa Punca Pencemaran

oleh Ahmad Albab
11/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Penduduk yang tinggal di sepanjang Sungai Semantan di daerah ini hairan dengan dakwaan sesetengah pihak bahawa sungai itu adalah punca pencemaran bekalan air Loji Rawatan Air (LRA) Langat dan Cheras di Selangor.

Rata-rata menggangap dakwaan tersebut sebagai tidak berasas kerana mereka sehingga hari ini menggunakan bekalan air dari sungai itu tanpa sebarang masalah.

Seorang penduduk Kampung Mempateh Lanchang, Shafie Jali, 64, berkata walaupun ada kalanya air sungai itu keruh kerana hujan di kawasan hulu, tetapi ia bukan penyebab sungai itu kotor ataupun berbau.

“Kami yang duduk di tepi Sungai Semantan selama ini tidak pernah pula berhadapan dengan masalah air sungai kotor atau berbau seperti yang didakwa, malah kami juga sentiasa gunakan bekalan air dari sungai ini walaupun air paip telah ada.

“Jadi kami musykil juga apabila ada pihak mendakwa bekalan air dari sungai ini tercemar,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk di Kampung Kuala Kawang Mat Jali Simon 49, pula berkata beliau kerap mandi menggunakan bekalan air dari sungai berkenaan walaupun rumahnya sudah ada bekalan bersih.

“Saya lebih selesa mandi sungai ini dan tidak pernah pula saya berhadapan dengan air Sungai Semantan yang kotor, tercemar ataupun berbau,” katanya.

Seorang penternak ikan di Kuala Semantan Seman Zainal Abiddin, 57, berkata jika benar air sungai Semantan itu kotor, tercemar dan berbau busuk, sudah tentu berpuluh ribu ekor ikan patin, talapia dan ikan baung yang diternak penduduk akan mati.

“Setakat ini tidak ada kedengaran pula laporan sedemikian,” katanya.

Sebelum ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd mendakwa pencemaran bau di Loji Rawatan Air Cheras dan Langat berpunca dari pelepasan aliran di kilang berhampiran Sungai Semantan di Bentong. – BERNAMA

Tags: sungai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Lelaki Ditemui Di Tepi sungai Bandar Sunway

Mayat Lelaki Ditemui Di Tepi sungai Bandar Sunway

01/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Mayat lelaki ditemui di tepi sungai berhampiran sebuah kolej swasta di Bandar Sunway, malam tadi. Mayat yang hanya...

Mayat Ditemukan Dalam Bungkusan Di Sungai, Disyaki Dibunuh

Mayat Ditemukan Dalam Bungkusan Di Sungai, Disyaki Dibunuh

13/09/2025
0

Ipoh: Polis mengklasifikasikan penemuan mayat dalam bungkusan di tepi sungai berhampiran tanah perkuburan Orang Asli di Kampung Kerawat, Simpang Pulai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd