• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembenihan Awan Di N.Sembilan Dalam Masa Terdekat

oleh Ahmad Albab
29/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Negeri Sembilan bercadang melakukan pembenihan awan dalam masa terdekat bagi meningkatkan bekalan air di empangan dan sungai yang kini berada pada paras yang tidak memuaskan.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata usaha itu perlu dilakukan kerana dengan awan jenis komulonimbus pada ketika ini, pembenihan awam sesuai dilaksanakan.

“Saya sudah gerakkan Jawatankuasa Bencana Alam untuk bincang perkara ini dan saya sudah putuskan untuk memohon kepada Jabatan Meteorologi untuk membuat pembenihan awan dan mereka telahpun bersetuju pembenihan awan dilakukan di Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.

“Keadaan awan sekarang sesuai untuk kita buat pembenihan awan dan saya yakin ia akan dilakukan dalam masa terdekat. Selepas itu saya berharap hujan turun lebat khususnya di kawasan yang kita tumpukan ini kerana ia merupakan kawasan huluan,” katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Deepavali Ketua Penerangan MIC Kebangsaan Datuk V.S. Mogan di sini hari ini.

Sementara itu, Mohamad meminta semua surau dan masjid di negeri ini mengadakan solat hajat bagi memohon hujan.

“Sejak minggu lepas lagi saya sudah minta semua surau dan masjid adakan solat sunat hajat untuk berdoa agar hujan yang turun mencukupi kerana hujan hanya 50 peratus sahaja di negeri ini menyebabkan (paras) air di empangan dan sungai banyak yang turun.

“Alhamdulillah, dua tiga hari ini kita lihat sudah ada hujan turun tetapi taburan hujan masih kurang dan sekejap sahaja, saya harap supaya kita semua terus berdoa agar hujan turun,” katanya.

Dalam masa yang sama, Mohamad berkata Jawatankuasa Bencana Alam juga sedang meneliti cadangan melaksanakan catuan bekalan air sekiranya paras air tidak berubah atau terus menurun.

Katanya jika cadangan itu diteruskan ia mungkin dilaksanakan pada waktu malam atau dua kali seminggu.

“Bagaimanapun sekiranya hujan turun pada kadar yang mencukupi dalam waktu terdekat ini, kita akan tangguhkan dahulu program catuan air ini,” katanya.- BERNAMA

Tags: Pembenihan Awan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Maria Chin Ditahan Polis Sabah Promosi Bersih 5

Next Post

Lima Modul Hospital Hadapan ATM Tiba Di HSA

Related Posts

Kerajaan Akan Laksanakan Pembenihan Awan Di Perak, Kedah

Kerajaan Akan Laksanakan Pembenihan Awan Di Perak, Kedah

28/07/2024
1

SHAH ALAM - Kerajaan akan melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di negeri Perak dan Kedah pada 29 hingga 31 Julai...

Kerajaan Lulus RM5 Juta Laksana Operasi Pembenihan Awan Di Kelantan – Ahmad Zahid

Kerajaan Lulus RM5 Juta Laksana Operasi Pembenihan Awan Di Kelantan – Ahmad Zahid

19/06/2024
0

PUTRAJAYA : Kerajaan melaksanakan operasi pembenihan awan (OPA) di Kelantan bermula Jumaat hingga Ahad ini bertujuan meningkatkan paras air Sungai...

Next Post

Lima Modul Hospital Hadapan ATM Tiba Di HSA

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd