• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai JPJ Maut Ditikam Tak Sempat Timang Anak Sulung

oleh Ahmad Albab
17/10/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Hasrat seorang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Mohd Shukri Hussin, 34, untuk menimang cahaya mata sulungnya tidak kesampaian apabila beliau maut ditikam bakal adik iparnya di Kuala Terengganu semalam.

Isterinya Noriah Lah, 34, kini sarat mengandung dan dijangka bersalin bulan depan.

Ketika ditemui pemberita di rumah mentuanya di Kampung Kok Keli 2 di sini, Noriah berkata arwah suaminya adalah seorang yang baik hati dan amat sukakan kanak-kanak kerana belum mempunyai anak sendiri biarpun sudah empat tahun berkahwin.

Baca: Kantoi Sudah Kahwin – Suspek Tikam Bakal Abang Ipar

Beliau berkata beliau hanya mengetahui kejadian yang menimpa suaminya selepas seorang rakan menunjukkan gambar seorang lelaki dalam keadaan berdarah selepas dikatakan terbabit dalam pergaduhan.

“Saya yang melihat gambar tersebut melalui WhatsApp mendapati mangsa berdarah dan dipercayai sudah meninggal dunia itu rupa-rupanya adalah suami saya sendiri,” katanya.

Suaminya dilapor ditikam sebanyak enam kali di tempat letak kereta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Terengganu (Maidam) pagi Ahad.

“Walaupun sedih atas apa yang berlaku, namun saya reda kerana menganggap ia adalah ketentuan Ilahi,” kata Noriah.

Polis sedang memburu suspek kes itu yang berusia 29 tahun dan berasal dari Manir.

Kejadian bermula apabila mangsa dikatakan datang bersama keluarganya ke pejabat Maidam bagi menyemak status suspek yang mendakwa dia masih bujang untuk berkahwin dengan adik mangsa.

Setelah status sebenar suspek diketahui, berlaku pergaduhan antara suspek dengan Mohd Shukri hingga membawa kepada pembunuhan mangsa.

“Setahu saya, bakal suami adik ipar saya itu dikatakan sudah berkahwin dan mempunyai anak, tetapi adik ipar saya tidak mengetahui perkara ini,” katanya.

Jenazah Mohd Shukri dijangka tiba di kampungnya malam ini untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kok Keli. – BERNAMA

Tags: DITIKAMJPJ
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd