• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Pantau Pegawai, Anggota Obesiti

oleh Ahmad Albab
08/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil data untuk memantau pegawai dan anggotanya yang mengalami masalah obesiti mulai tahun depan bagi mencapai sasaran misi ‘Rapi dan Cergas’ menjelang 2018.

Pengarah Pengurusan PDRM Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata pihaknya telah mengenal pasti 10,000 pegawai serta anggota yang berdepan masalah berat badan dan berharap menjelang 2018, sebanyak 90 peratus daripada pasukan itu akan cergas.

“Kami mahu pegawai serta anggota yang aktif dan jika mereka gagal mencapai sasaran yang diberikan, ia akan memberi kesan kepada karier mereka dalam pasukan,” katanya pada sambutan Hari Sukan Negara (HSN) peringkat PDRM di sini hari ini.

Beliau juga menggesa semua pegawai dan anggota untuk mengurangkan berat badan mulai sekarang atau mencapai berat badan yang sesuai bagi memenuhi sasaran yang diberikan.

Mulai 1 Jan 2018, PDRM akan menguatkuasakan syarat kepada pegawai dan anggota mereka untuk lulus ujian kecergasan sebelum dinaikkan pangkat atau disahkan jawatan.

Zulkifli berkata semua pegawai akan menjalani Penilaian Kelayakan Keupayaan Fizikal yang telah diguna pakai oleh pasukan polis seluruh dunia.

Dalam perkembangan lain, Zulkifli berkata daripada 130,000 pegawai dan anggota polis di seluruh negara, kurang daripada satu peratus berdepan masalah disiplin.

“Kami mengakui ada peratusan kecil yang mempunyai masalah disiplin dan tidak bertolak ansur dalam soal ini. Kami telus dalam proses ini,” katanya.

Menurutnya mulai 2015, pengurusan PDRM mempunyai dasar pemisah untuk mereka yang gagal menjalankan tugas seperti diharapkan.

“Kami sudah mengenal pasti kira-kira 200 pegawai serta anggota dan memberi mereka peluang meningkatkan diri. Jika masih gagal mencapai tahap yang diharapkan, mereka akan bersara lebih awal,” katanya.

Terdahulu, kira-kira 3,000 pegawai dan anggota polis daripada pelbagai unit dan negeri berkumpul di Taman Botanikal, di sini untuk sambutan HSN.

Ini adalah kali pertama PDRM menganjurkan aktiviti itu di luar Kuala Lumpur dan orang ramai berpeluang melihat aset pasukan seperti kuda, helikopter dan motosikal berkuasa tinggi yang digunakan polis bagi membanteras jenayah. – BERNAMA

Tags: obesitiPDRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Inspektor Polis, Isteri Maut Nahas Dua Kereta Di Jalan Kuantan-Segamat

Inspektor Polis, Isteri Maut Nahas Dua Kereta Di Jalan Kuantan-Segamat

27/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  PEKAN – Seorang pegawai polis berpangkat inspektor bersama isterinya maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer...

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd