• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PASKAL Jumpa 1 Mayat Belum Dikenal Pasti Identiti

oleh Ahmad Albab
06/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Pasukan Khas Laut (PASKAL) yang melakukan rondaan di sekitar Pulau Perak, menjumpai satu mayat yang belum dikenal pasti identitinya, kira-kira 30 meter dari pulau itu, pagi ini.

Markas Tentera Darat dalam satu kenyataan memaklumkan, maklumat penemuan itu diterima kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Mahawangsa melalui radio HF kira-kira 10.45 pagi.

“Mayat akan dibawa oleh KD Mahawangsa dan seterusnya akan dipindahkan ke Butterworth dan akan melalui proses pengecaman,” katanya.

Dalam kejadian jam 4.40 petang pada Isnin, Koperal Johbartlee Kanil, 32, dari Kota Marudu, Sabah dan Koperal Mohd Faizol Rosli, 29, dari Kampung Sungai Limau di Pulai, Baling, hilang selepas terjatuh ke laut ketika sedang mengambil air.

Kedua-dua mereka dari Batalion ke-4 Rejimen Renjer Diraja (4RRD) berpangkalan di Kem Oran, Perlis masing-masing ditugaskan di Pulau Perak sejak sebulan lalu.

Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat diaktifkan melibatkan aset TLDM seperti KD Ledang, KD Laksamana Tun Abdul Jamil dan KD Selangor.

Turut melakukan pencarian ialah PASKAL yang melakukan selaman di sekitar pulau itu dan sebuah helikopter Super Lynx. – BERNAMA

Tags: Mayatpaskal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd