• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Pelakon Tambahan Terlibat Kes Pecah Rumah

oleh Ahmad Albab
21/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis menahan sepasang kekasih yang pernah berlakon di dalam sebuah filem Tamil sebagai pelakon tambahan kerana disyaki terlibat dalam kira-kira 11 kes pecah rumah di sekitar Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata, pasangan rakyat tempatan, lelaki berusia 34 dan wanita berumur 31 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari, di sebuah pangsapuri di Seksyen 19 di sini, pada 13 Okt lalu.

“Pemeriksaan di pangsapuri berkenaan menemui beberapa barangan dipercayai dicuri seperti telefon bimbit, komputer riba dan kamera serta beberapa resit pajak gadai.

“Siasatan lanjut ke atas resit itu juga mendapati barang yang digadai, antaranya jam mewah dan barangan kemas merupakan barangan hasil pecah rumah,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Tambah Shafien, soal siasat terhadap kedua-dua suspek yang dipercayai aktif melakukan kegiatan jenayah itu sejak April tahun ini, membawa kepada penahanan seorang lelaki warga Indonesia berusia 42 tahun di sebuah rumah kedai di Puchong pada 19 Okt lalu.

Beliau berkata, di rumah warga Indonesia itu yang dipercayai bertindak sebagai orang tengah bagi menjual hasil curi berkenaan, pihaknya menjumpai pelbagai lagi barangan, antaranya kamera, telefon bimbit, komputer riba dan televisyen dipercayai hasil curi pasangan kekasih terbabit.

“Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM60,000. Dengan penahanan pasangan kekasih ini kami percaya dapat menyelesaikan kira-kira 11 kes pecah rumah di daerah ini dan daerah berdekatan,” katanya.

Menurut Shafien, kedua-dua pasangan yang positif dadah itu direman sehingga Khamis depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah. – BERNAMA

Tags: pecah rumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buru Lima Suspek Cuba Pecah Rumah

Polis Buru Lima Suspek Cuba Pecah Rumah

16/06/2025
0

KAJANG – Polis sedang memburu sekumpulan lima lelaki yang dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah di sini pada Sabtu lalu. Ketua...

Wanita Rohingya Ada 54 Rekod Pecah Rumah, Suami Didakwa Simpan Harta Curi

Wanita Rohingya Ada 54 Rekod Pecah Rumah, Suami Didakwa Simpan Harta Curi

03/12/2024
0

BATU PAHAT: Wanita etnik Rohingya yang baru habis berpantang dan memiliki 54 rekod jenayah termasuk kes pecah rumah didakwa bersama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd