• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Temui Tengku Adnan Minta Sokong Pindaan Akta 355

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS Putrajaya menemui Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini bagi memohon beliau supaya menyokong usaha parti itu meminda Akta 355 bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah di negara ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Saudara Kamaruzaman Mohamed yang mengetuai rombongan itu berkata, PAS Putrajaya memohon sokongan Tengku Adnan selaku Ahli Parlimen Putrajaya.

“Kami memohon Tengku Adnan memberi sokongan penuh terhadap rang undang-undang untuk meminda Akta 355 yang telah dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Ahli Parlimen Marang.

“Sokongan Datuk Seri (Tengku Adnan) terhadap rang undang-undang ini pasti akan menjadikan Putrajaya sebagai sebuah Parlimen yang sentiasa di bawah rahmat dan perlindungan Allah S.W.T,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kamaruzaman berkata, PAS sangat mengharapkan sokongan Ahli Parlimen beragama Islam untuk menyokong usaha parti tersebut bagi meletakkan perundangan syariah pada kedudukan lebih baik seterusnya dihormati oleh seluruh masyarakat.

Usaha PAS untuk meminda akta itu mendapat tentangan hebat ramai Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang menyifatkan langkah tersebut sebagai taktik PAS mahu melaksanakan undang-undang hudud di negara ini.

Seorang pemimpin Melayu DAP pernah mendakwa pelaksanaan hukum hudud di negara ini akan mengundang bias ke atas golongan wanita. – mynewshub.cc

Tags: PASRUU 355Tengku Adnan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS merakamkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian isterinya,...

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan membincangkan kemungkinan PAS menggunakan lambang dacing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusinya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd