• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pantai Peranginan PD Dijangka Dibuka Semula Petang Ini

oleh Ahmad Albab
19/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Larangan aktiviti pantai di pusat peranginan Port Dickson akan ditarik balik petang ini sekiranya Jabatan Meteorologi mengesahkan tiada lagi ombak besar dan angin kuat di kawasan berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Hassan berkata Jawatankuasa Keselamatan negeri diminta memantau keadaan dan menghubungi Jabatan Meterologi untuk mendapatkan perkembangan terkini fenomena air pasang besar.

“Fenomena ini sepatutnya berakhir semalam dan pagi ini kita dapat laporan Jabatan Laut negeri bahawa keadaan air di kawasan pantai kelihatan tenang macam biasa,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Beliau turut kesal dengan sikap pengunjung pantai yang ingkar arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa semasa fenomena air pasang besar sejak beberapa hari lepas.

Kawasan peranginan Port Dickson meliputi Pantai Teluk Kemang di Batu 8; Pantai Bagan Pinang, Batu 3; Pantai Saujana, Batu 4 serta Pantai Tanjung Biru atau Blue Lagoon di Batu 10.

Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata kerajaan negeri belum bercadang melaksanakan catuan air meskipun penurunan paras air di empangan dan sungai di negeri itu membimbangkan.

Katanya, minggu lepas Sungai Ulu Muar di Kuala Pilah yang menjadi sumber air mentah yang digunakan lima loji dari Kuala Pilah ke Gemas sudah mulai kering.

Justeru, katanya, sebanyak 20 juta gelen air sehari dari empangan Talang disalurkan ke sungai berkenaan bagi kegunaan lima loji berkenaan.

Beliau berkata laporan Jabatan Meteorologi menyebut Negeri Sembilan merupakan antara beberapa negeri yang mengalami kekurangan taburan hujan dan akan terus alami musim kemarau sehingga akhir tahun ini.

Oleh itu, katanya, kerajaan negeri juga menasihatkan pesawah supaya menangguhkan projek tanaman padi untuk dua ke tiga bulan ini. – BERNAMA

Tags: ombak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

METMalaysia Keluarkan Amaran Angin Kencang, Ombak Sehingga 3.5 Meter

METMalaysia Keluarkan Amaran Angin Kencang, Ombak Sehingga 3.5 Meter

06/05/2023
0

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dan kedua serta ribut...

8 Sekeluarga Dihanyutkan Ombak Di Oman, Dua Maut

8 Sekeluarga Dihanyutkan Ombak Di Oman, Dua Maut

16/07/2022
0

MUSCAT, OMAN – Percutian sebuah keluarga dari India di pantai Oman bertukar tragedi apabila lapan daripada mereka dihanyutkan ombak besar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd