• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kekal GST 6%: Orang Ramai Akan Sambut Baik Keputusan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan mengekalkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada enam peratus adalah satu langkah yang akan disambut baik oleh orang ramai, kerana kebanyakan mereka merasai keperitan keadaan ekonomi sekarang, kata seorang pakar cukai.

GST Partner daripada Deloitte Malaysia, Senthuran Elalingam, bagaimanapun memberi tahu Bernama daripada perspektif pembaharuan cukai, banyak lagi yang boleh dilakukan, kerana ketika ini kadar pendapatan korporat Malaysia adalah yang tertinggi di rantau ini dan hanya 6.7 peratus daripada jumlah penduduk membayar cukai pendapatan peribadi.

Beliau berkata walaupun kerajaan mengumumkan beberapa pelepasan cukai jangka pendek untuk meningkatkan pelaburan, mewujudkan peluang pekerjaan dan mengekalkan tenaga kerja, pada masa depan ia harus melihat kepada pengurangan jangka panjang kadar cukai korporat dan pendapatan peribadi.

“Kadar GST kita, walaupun terendah di ASEAN dan antara yang terendah di dunia, juga mempunyai senarai terbesar pengecualian di dunia yang menjadikannya lebih rumit bagi perniagaan dan pengawal selia.

“Pengurangan bilangan pengecualian akan menjadi cara untuk mengimbangi sebarang kerugian daripada pengurangan jangka panjang dalam kadar cukai pendapatan tanpa perlu menaikkan kadar GST.

“Pada asasnya, kita perlu melihat untuk memastikan modal tidak mengalir keluar dari Malaysia ke negara-negara jiran kita dan terus mengekalkan tenaga kerja terbaik,” kata Senthuran.

Mengenai kutipan GST sebanyak RM30 bilion pada 19 Okt, 2016, seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2017 pada Jumaat, beliau berkata angka itu dijangka melepasi jangkaan RM38.5 bilion tahun ini.

Ini, katanya, akan bergantung kepada peningkatan keadaan ekonomi dan aktiviti penguatkuasaan oleh Jabatan Kastam DiRaja Malaysia.

Bagaimanapun, beliau berkata, pembaharuan cukai yang lebih besar diperlukan untuk menangani penyusutan hasil daripada sektor minyak dan gas dan penurunan nilai ringgit. – BERNAMA

Tags: GST
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Tidak Mahu Cukai Ke Atas Rakyat Secara Menyeluruh – PMX Anwar

Saya Tidak Mahu Cukai Ke Atas Rakyat Secara Menyeluruh – PMX Anwar

18/08/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan akan mengekalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebagai asas sistem...

PH Dakwa Najib Gagal Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat, Laksanakan GST

PH Dakwa Najib Gagal Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat, Laksanakan GST

04/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengamalkan politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd