• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nuri Masih Berguna Tugas Keselamatan & Keamanan Negara

oleh Ahmad Albab
06/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penggunaan helikopter Nuri masih relevan dan diperlukan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi pengawasan keselamatan serta penugasan berkaitan ketenteraman negara, menurut pakar penerbangan tempatan.

Insiden helikopter Nuri TUDM mendarat cemas di Tawau pada Selasa lepas, tidak sepatutnya dilihat dari sudut negatif, malah helikopter itu masih mampu memainkan peranannya sebagai ejen pemantau keamanan, operasi mencari dan menyelamat serta penugasan berunsurkan latihan ketenteraan.

Bagi juruterbang ujian Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Prof Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian berkata helikopter Nuri sebenarnya boleh lagi digunakan tetapi tidak boleh digunakan dengan begitu kerap untuk mengelakkan kadar kehausannya.

“Perkhidmatan Nuri harus digilir dengan pesawat baharu yang berada di dalam rangkaian TUDM. Amerika Syarikat misalnya masih menggunakan pesawat Skyhawk yang telah berusia 40 tahun lebih untuk melatih anggotanya dalam latihan akrobatik,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian bagi mengulas insiden sebuah helikopter Nuri TUDM mendarat cemas di bumbung dewan terbuka di SMK Balung menyebabkan 22 orang cedera iaitu 13 anggota TUDM, lapan pelajar dan seorang pekerja pembersihan SMK Balung.

Helikopter Nuri merupakan sejenis helikopter utiliti TUDM yang membabitkan pelbagai tugasan operasi, dan mula berkhidmat dengan badan pertahanan negara itu sejak 1967. Ia masih lagi digunakan sehingga hari ini.

Harridon berkata pesawat Nuri apabila telah lama berada dalam perkhidmatan, mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk mencapai kehausan di dalam struktur logam dan enjinnya.

“Ini merupakan faktor teknikal, namun begitu jika pemantauan secara komprehensif dilakukan secara berterusan, pesawat yang lama umurnya seperti Nuri masih selamat lagi digunakan,” jelasnya.

Mengulas mengenai punca kejadian, Harridon berkata terdapat beberapa kemungkinan antaranya masalah enjin atau struktur yang telah mengalami kehausan dan aspek ini mungkin sedang disiasat TUDM.

Sementara itu bekas juruterbang, Kapten (B) Abdul Rahmat Omar Tun Mohd berkata Nuri adalah pesawat yang masih diperlukan dan merupakan antara aset TUDM yang diserapkan ke dalam Pasukan Udara Tentera Darat untuk tujuan mobiliti udara.

“Nuri antara aset TUDM yang mempunyai rejim penyelenggaraan yang amat baik. Usia lanjut sesebuah pesawat itu tidak banyak memainkan peranan sekiranya penyelenggaraan adalah baik,” kata bekas pegawai TUDM itu.

Abdul Rahmat berkata tindakan TUDM menggantikan Nuri secara berperingkat-peringkat sebelum ini bukanlah kerana usia atau masalah penyelenggaraan, tetapi adalah untuk menyesuaikan peranan yang dimainkan TUDM seperti pencarian dan penyelamatan tempur (CSAR), ‘special forces insertion and extraction’ yang memerlukan helikopter yang berperanan khusus.

Beliau berkata Kementerian Pertahanan perlu mendapatkan bajet yang diperlukan bagi membolehkan aset-aset TUDM seperti Nuri dan kelengkapan lain diselenggara dan perkhidmatannya diteruskan dengan baik. – BERNAMA

Tags: nahas helikopterTUDM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TUDM Sahkan Pesawat F/A-18D Hornet Alami Masalah Enjin, Mendarat Di KKIA

TUDM Sahkan Pesawat F/A-18D Hornet Alami Masalah Enjin, Mendarat Di KKIA

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan sebuah pesawat F/A-18D Hornet mengalami masalah enjin semasa penerbangan pulang setelah...

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

07/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku dan pelanggaran disiplin membabitkan setiap warganya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd