Friday, June 21, 2024

Creating liberating content

Mayat Lelaki Dipercayai Mangsa...

SONG - Satu mayat lelaki dipercayai mangsa lemas ditemukan terapung di Sungai Iran...

Kemuncak AS-ASEAN Berjaya, Produktif

SUNNYLANDS - CALIFORNIA. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Sidang Kemuncak...

PAS Kekalkan Baiah Ke...

KOTA BHARU - PAS Kelantan akan mengekalkan pelaksanaan baiah yang dikenakan ke atas...

Mahathir Pulangkan Dua Pingat...

KUALA LUMPUR- Dengan biadap dan sombongnya, bekas negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad memulangkan...

Nenek Didakwa Berusia 130 Tahun, Ada 450 Cucu

ANKARA – Seorang wanita Turki berusia 97 tahun dari Diyarbakir, tenggara negara Islam itu mendakwa mempunyai 450 cucu hasil tiga perkahwinan.

Bagaimanapun, dalam wawancara dengan akhbar Hurriyet, anggota keluarganya pula berkata, wanita itu sebenarnya berusia 130 tahun.

Menurut mereka, jumlah cucu yang dimiliki Sahi Tayurak itu berdasarkan bancian tiga tahun lalu.

Jika benar dakwaan itu, Sahi ialah wanita tertua di dunia.

Anaknya, Telliye, 90, berkata, kad pengenalan ibunya menunjukkan dia dilahirkan pada 1919 tetapi percaya ia silap kerana Telliye sendiri dilahirkan pada 1926.

Berdasarkan itu, kata Telliye, keluarganya menganggarkan Sahi berumur 130 tahun,

“Saya selalu berasa sayu apabila berbual dengan ibu mengenai masa lalunya. Dia menceritakan pengalaman hidupnya yang miskin sehingga tidak mampu membeli baju atau kasut.


“Untuk mengira jumlah keseluruhan cucunya, saya menghubungi semua adik-beradik, sepupu, anak saudara dan cucu,” katanya.

Sementara itu, keluarga Sahi berkata, dia cuma menjalani satu pembedahan sepanjang hidupnya untuk membuang batu karang dari hempedu.

Mereka turut mendakwa Sahi menjalani imbasan tulang 15 tahun lalu yang menunjukkan usianya kini 97 tahun. Mereka kini mahukan Sahi menjalani satu lagi pemeriksaan untuk mengetahui usia sebenarnya.

Sahi kini tinggal dengan seorang anak lelakinya di Sur – antara kawasan paling bergolak sejak setahun lalu kerana pertempuran antara pasukan keselamatan Turki dan Parti Pekerja Kurdistan (PKK). – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori