• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nelayan Ditembak Di Perairan Antarabangsa

oleh Ahmad Albab
15/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Datuk Salehuddin Abd. Rahman mengesahkan kejadian tembakan yang mencederakan seorang nelayan ketika menangkap ikan pada Selasa lepas berlaku di perairan Filipina berhampiran perairan antarabangsa.

Beliau berkata ketika kejadian, mangsa yang juga juragan sebuah bot pukat tunda yang dikenali sebagai Ladino Larahima, 51, dan rakannya yang sedang menangkap ikan telah didatangi empat individu yang seorang daripadanya mempunyai senjata laras panjang.

“Suspek telah melepaskan beberapa das tembakan dan mengenai mangsa. Sejurus selepas tembakan itu, rakan mangsa bertindak memotong tali pukat tunda mereka dan mengambil alih bot itu sebelum melarikan diri ke perairan negara,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa yang mengalami kecederaan di tangan, bahu dan dada itu kini dirawat di Hospital Duchess of Kent, Sandakan dan dilaporkan berada dalam kedaan stabil.

“Maklumat awal yang kita terima mendapati mangsa dan rakannya merupakan warga Indonesia dan mempunyai pasport serta pas kerja yang sah,” katanya.

Salehuddin berkata berikutan kejadian itu, pihaknya telah membuka kertas siasatan di bawah Kertas Enkuari Polis.

“Kita akan menjalankan siasatan daripada semua aspek bagi mengenal pasti motif kejadian. Kita juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina,” katanya. – BERNAMA

Tags: ditembakNelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Lelaki 27 Tahun Ditembak Mati di Hadapan Rumah Di Klang

Lelaki 27 Tahun Ditembak Mati di Hadapan Rumah Di Klang

01/12/2025
0

  KLANG – Seorang lelaki India berusia 27 tahun maut selepas ditembak di hadapan rumahnya dalam kejadian mengejutkan di Taman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd