Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

SESB Aktifkan Bilik Gerakan...

KOTA KINABALU - Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan mengaktifkan Bilik Gerakan Tarif...

“Bukan Dayus, Shuib Berterus-Terang...

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini pelawak Shuib Sepahtu memuat naik gambar motosikal Ysuku...

Jawi Pergiat Rondaan Dan...

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mempergiat rondaan dan operasi...

Ayah Maut Depan Mata

KANOWIT - Pilu hati seorang anak melihat ayahnya maut di depan mata selepas...

Musa Hassan: Dia Memang Seorang Hero

SELAMA empat tahun (2000 hingga 2004) menerbitkan program Edisi Siasat, saya memang mempunyai hubungan kurang mesra dengan Bukit Aman.

Ia mungkin berpunca daripada beberapa siri laporan yang meletakkan pihak polis dalam keadaan tidak selesa.

Dalam bahasa mudah: Laporan eksklusif membabitkan pusat mesin kuda, pelacuran, aktiviti penyeludupan di sempadan, isu curi pasir di Lembah Klang dan jenayah terancang, memberikan impak buruk pada polis.

Siri pendedahan Edisi Siasat menampakkan macam: “Polis tak buat kerja!”

Namun pada masa sama, saya mengagumi Tan Sri Musa Hassan yang juga Ketua Polis Negara pada masa itu. Walaupun pernah dipanggil ke Bukit Aman dan diberikan nasihat oleh sekumpulan pegawai tertentu, Edisi Siasat tetap menyiarkan apa yang patut disiarkan. Sekalipun tidak mesra imej polis dan pihak berkuasa.

Bahan dipilih dengan teliti. Bukan dengan berani. Mana yang perlu dan munasabah mengikut piawaian sebagai penerbit, pasti disiarkan.

Pada masa sama, banyak e-mel dan maklumat diberikan terus pada pihak berkuasa untuk tindakan dalaman. Mendedahkannya akan menyulitkan kerja pihak polis.

Maklumat ini die-melkan terus pada orang perantaraan di Bukit Aman yang akan menyampaikan kepada Musa selaku penjaga negara nombor satu.

Musa sangat komited. Dia menjadi KPN pada era memuncaknya kegiatan judi haram yang mengaut keuntungan puluhan juta ringgit sebulan.

Di Lembah Kelang waktu itu, kalau ada satu masjid, purata kasar akan ada 50 pusat judi haram mesin slot. Banyak e-mel mendapat tindakan pantas Musa. Malah, hingga tindakan pembersihan dalaman.

Pada era itu, rasuah jenayah terancang memang luar biasa. Seorang ejen sindiket judi mesin slot haram pernah menawarkan RM60 ribu ringgit bagi menggugurkan laporan aktiviti mesin kuda di Cheras.

Selain wang, sindiket tersebut menawarkan pakej percutian ke Phuket untuk semua kru Edisi Siasat. Kenyataan Musa mengenai rasuah pada era itu satu kebenaran ketara.

Malah, rasuah adalah punca jenayah perjudian, ceti haram, pelacuran dan pusat hiburan tanpa lesen berleluasa. Malah, rasuah juga punca sindiket pil khayal sukar dihapuskan.

Cuma seorang Musa tidak mungkin mampu memerangi semuanya sendirian. Pada masa itu, kalau wartawan menyertai operasi pihak berkuasa untuk membanteras jenayah terancang kategori ini, sembilan daripada sepuluh operasi pasti gagal. Sebelum serbuan, penjenayah sudah menutup operasi mereka.


Maklumat operasi pun boleh dijual!

Kegagalan operasi bersama pihak berkuasa antara sebab keputusan dibuat menjadikan Edisi Siasat program penyiasatan eksklusif.

Dengan kamera kecil buatan China yang dibeli pada harga RM100 di Pasar Pudu, aktiviti sindiket boleh dirakam dengan mudah. Kamera di badan membolehkan wartawan merakam visual dan audio aktiviti jenayah sebagai bukti siaran penyiasatan.

Bukan sahaja jenayah perjudian, pelacuran, ceti haram, malah cara menyeludup senjata api dan dadah di sempadan pun berjaya dirakam.

Rakaman ini menimbulkan kemarahan pihak berkuasa kerana ia mendedahkan: Rasuah punca senjata api dan dadah bolos di sempadan!

Kita tidak wajar menyembunyikannya. Walau pun pada masa itu, keterbukaan dalam menerima kewartawanan penyiasatan tidak seperti sekarang. Pada masa itu, tekanan boleh dibuat secara terbuka oleh pihak berkuasa.

Ketua Pegawai Eksekutif NTV7, Datuk Seri Shazalli Ramly ketika itu banyak menerima panggilan memberikan tekanan secara politik dan perniagaan. Tapi seperti Musa, Shazalli juga berjiwa besar.

“Kita tak mahu emak ayah di pedalaman kata, kita media massa tak buat kerja. Teruskan. Tetapi kena cekap,” kata Shazalli setiap kali menerima tekanan.

Menentang jenayah bukan kerja sambil lewa seperti menghirup kopi mahal di kafe mewah. Sebagai wartawan, era tahun 2000 dan sedekad tempoh itu, jenayah terancang melalui zaman puncak.

Kedatangan Musa memberikan tentangan sengit. Walaupun rasuah berleluasa dan undang-undang dilemahkan oleh wang, Musa berjuang habis-habisan.

Dia memang seorang hero! – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori