• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Seri Tanpa Jaringan Dengan Singapura

oleh AK-47
09/10/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Perlawanan persahabatan Causeway Challenge antara Malaysia dan Singapura berkesudahan seri tanpa jaringan di Stadium Nasional Singapura, di sini lewat Jumaat.

Bagaimanapun, Ketua Jurulatih pasukan Malaysia, Datuk Ong Kim Swee berkata kesemua 17 pemain yang beraksi pada malam ini adalah yang terbaik pernah
dikendalikannya.

“Kami bermain dengan baik pada babak kedua,” katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan di sini.

Apabila ditanya sama ada pasukan ini akan dikekalkan bagi menghadapi Piala Suzuki, Ong tidak dapat memberi kepastian kerana ada pemain yang mengalami kecederaan.

“Kita lihat apa yang berlaku nanti,” katanya.

Malaysia melakukan enam pertukaran pemain sepanjang perlawanan malam ini termasuk Ketua Pasukan, Amri Yahyah selepas menerima dua kad kuning manakala Singapura hanya melakukan tiga pertukaran pemain sahaja.

Pada babak pertama perlawanan, Amri melakukan dua percubaan di luar kotak penalti tetapi gagal membolosi gawang lawan dan sepanjang perlawanan Singapura lebih banyak menyerang dan menguasai permainan tetapi cubaan mereka mendapatkan gol dihampakan pertahanan Harimau Malaysia.

Sementara itu pengendali Singapura, V.Sundram Moorthy melihat permainan anak buahnya pada malam ini sebagai positif walaupun mereka dinafikan satu tendangan penalti.

Perlawanan Causeway Challenge diadakan enam minggu sebelum Piala Suzuki Persekutuan Bola Sepak Asian bermula pada 19 November depan. – BERNAMA

Tags: bola sepak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – “Kalau awak semua nak cakap pasal solusi, saya ada solusi untuk selamatkan liga.” Demikian tegas pemilik kelab...

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

07/04/2026
0

PETANG tadi ketika memandu di ibu negara, mata saya terpaku pada satu sticker kecil Harimau Selatan ditampal di sebuah kereta....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd