• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Modul Dadong Perluas Tanaman Jagung Bijirin

oleh Ahmad Albab
03/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memperluaskan projek tanaman jagung bijirin di negara ini membabitkan kawasan luar jelapang seluas 170,000 hektar dengan mengguna pakai kaedah tanaman atau Modul Dadong.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Modul Dadong itu mengambil nama sempena kejayaan projek tanaman jagung bijirin pertama di Malaysia yang dilaksanakan di Kampung Dadong, Chukai di sini, yang berjaya mengeluarkan hasil tuaian, hari ini.

“Semasa kita melaksanakan projek perintis ini pada 26 Jun lalu, saya sendiri berasa amat risau sama ada ia boleh berjaya atau tidak lebih-lebih lagi sepanjang 100 hari tempoh penanamannya, pelbagai cabaran dihadapi termasuk serangan serangga perosak dan masalah air bertakung.

“Namun, hari ini setelah pelbagai usaha dilakukan, kita dapat menyaksikan hasil tuaian pertama projek tanaman jagung bijirin ini dan Modul Dadong akan diperluas ke kawasan jelapang di negeri lain pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan tuaian projek perintis tanaman jagung bijirin pertama di Kampung Dadong di sini, hari ini.

Projek tanaman itu dilaksanakan di kawasan seluas 14 hektar milik penduduk Kampung Dadong dengan disertai 51 petani dan ia adalah inisiatif kementerian dalam usaha mengelak kebergantungan negara terhadap import bijirin untuk makanan ternakan.

Untuk rekod, pada masa kini Malaysia mengimport hampir 100 peratus jagung bijirin iaitu lebih empat juta tan metrik dengan nilai RM3.1 bilion setahun untuk dijadikan bahan makanan ternakan seperti ayam, lembu dan kambing.

Ahmad Shabery berkata hasil tuaian pertama projek itu sangat memberangsangkan dengan setiap hektar dijangka mampu menghasilkan antara lima dan 10 tan metrik jagung bijirin.

Ia sekali gus memberi pendapatan berganda kepada petani yang selama ini hanya meraih antara tiga hingga empat tan metrik padi untuk setiap hektar tanah yang dimiliki, katanya.

Ahmad Shabery berkata pihaknya juga akan memperkemaskan lagi modul itu dengan memperbaiki teknik penyediaan tanah, penetapan jarak tanaman, kaedah pembajaan, sistem perparitan teratur dan kawalan awal untuk rumpai bagi memperoleh hasil tanaman yang lebih baik dan berkualiti. – BERNAMA

Tags: jagung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sasar Pengeluaran 600,000 Tan Jagung Makanan Ternakan

11/05/2022
0

KUALA LUMPUR : Malaysia menyasar mengeluarkan 600,000 metrik tan jagung bijirin untuk makanan ternakan dalam tempoh 10 tahun lagi, sekali...

PBB Jual ‘Jagung Donald Trump’ Depan Pusat Undi

09/05/2018
0

SEORANG penjual jagung boleh diibaratkan seperti sambil menyelam, minum air apabila mengambil kesempatan menjual barang perniagaannya di hadapan pusat mengundi di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd