• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menjelang Bajet 2017: Cabaran Memenuhi Harapan Rakyat

oleh Ahmad Albab
16/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYED Mahdar, seorang aktivis sosial menceritakan pengalaman mengiringi Pengarah Urusan Khazanah Holding, Tan Sri Azman Mokhtar melawat Projek Perumahan Rakyat di Damansara, pada 2015. Satu pengalaman menarik menaiki teksi bersama tokoh pengurusan aset negara itu, serta menemaninya melawat perumahan rakyat.

“Tan Sri Azman teliti melihat keadaan rumah rakyat bawahan,” cerita Syed Mahdar.

Saya kagum dengan kisah ini. Usaha mengenal dan mendekati masalah rakyat kini menjadi tanggungjawab meluas dan bukan lagi isu pemimpin politik mahu pun aktivis sosial. Ia sudah menjadi keprihatinan pemimpin korporat untuk menilai dan membantu Perdana Menteri merangka dasar lebih komprehensif untuk rakyat.

Menjelang Bajet 2017 yang akan dibentangkan PM selaku Menteri Kewangan pada 21 Oktober ini, tentu lebih banyak input disalurkan bagi memangkin persekitaran bajet negara menjadi lebih dinamik dan multi input.

Malah, PM sendiri sudah mendapat lebih lapan ribu idea yang disalurkan terus oleh rakyat secara online kepada portal cadangan yang disediakan.

Isu pekerjaan, pendidikan, perubatan, perumahan dan kos sara hidup, kata PM, paling dominan dalam senarai 15 fokus utama bajet yang disalurkan dalam portal tersebut.

Khazanah sendiri beranggapan program pembangunan eko­nomi termasuk untuk kumpulan B40 perlu dijadikan tumpuan dalam Bajet 2017.

Malah, Khazanah mahu syarikat milik kerajaan (GLC) di terlibat dalam usaha tersebut.

Kita tidak mempertikaikannya. Ini saranan terbaik kerana usaha pembangunan dan perlindungan ekonomi perlu diseimbangkan dengan sektor GLC turut turun padang membantu kerajaan melaksanakannya.

Rakyat mahu yang terbaik. Maka, semua pemegang amanah berkaitan kerajaan perlu memahami aspirasi ini. Tidak wajar PM dan kerajaan bersendirian. Apatah lagi dalam persekitaran ekonomi dunia yang kompleks dekad ini.

Ekonomi Kesatuan Eropah dijangka terus tidak menentu tahun 2017. Brexit atau tindakan Britain keluar dari pakatan ekonomi terbesar dunia itu akan mula berimpak tahun hadapan. Amerika Syarikat juga dijangka kekal sederhana dengan pertumbuhan ekonomi sekitar 2 peratus.

Malah, mood ekonomi AS ikut dipengaruhi siapa bakal pemimpin negara itu: Antara Donald Trump dan Hilarry Clinton yang kini sengit dalam persaingan pemilihan Presiden.

Asia Barat akan terus bergolak. Namun kesan kejatuhan harga minyak yang berlarutan sepanjang tahun ini hingga turun ke paras serendah USD40 setong berbanding harga puncak USD110 pada dua tahun lalu, kekal menjadi perhatian utama dunia.

Hanya jangkaan ekonomi China bakal tumbuh 6.7 peratus tahun depan serta unjuran harga minyak stabil pada USD 50 setong menjadi bekalan terbaik memasuki persekitaran ekonomi global 2017.

Secara domestik, kita masih bertahan. Walaupun keadaan ekonomi dunia tidak meriah, kita akan kekal mencari perumbuhan sekitar 5 peratus tahun depan. Tahun ini, pada separuh tahun kita kekal tumbuh 4.2 peratus. Kita sedang mengejar suku keempat tahun ini untuk mencapai 4.5 peratus KDNK. Angka yang baik setelah kita ikut terjejas dengan isu kejatuhan harga minyak.

Pada Bajet yang akan dibentangkan Jumaat ini, banyak sektor mengharapkan insentif. Sektor automobil sudah menyuarakannya dengan harapan insentif akan membantu kelembapan pasaran.

Kerajaan secara hematnya pasti mengurangkan perbelanjaan operasi. Ini bagi memberi laluan kepada fokus projek pembangunan yang menyumbang pada lima pemintaan rakyat terutama isu pekerjaan dan pendidikan.

Pengurangan perbelanjaan operasi pasti serius untuk di­usahakan. Pada Bajet 2016, kerajaan memperuntukkan RM265.2 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

Secara pecahan, per­belanjaan mengurus menerima peruntukkan terbesar dengan menelan biaya 26.6 peratus. Impak pasti dirasakan apabila bajet pengurusan dikurangkan. Namun, mesti ada pengorbanan untuk memastikan Bajet 2017 berjaya memenuhi harapan rakyat.

PM pasti tahu apa yang terbaik untuk kita semua.

Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim
Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Tags: Bajet 2017
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Eksport, Import Kasar Dijangka Meningkat 2017

29/10/2017
0

KUALA LUMPUR – Eksport kasar Malaysia dijangka meningkat sebanyak 16.6 peratus kepada RM917.5 bilion pada 2017 berbanding RM787 bilion pada...

LHDN Nafi Terbit `Analisa Bajet 2017′

07/08/2017
0

KUALA LUMPUR - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menafikan agensi kutipan cukai negara itu ada mengeluarkan analisa berhubung pendapatan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd