• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Pelajar Timbul Lepas Tengku Abdullah Sertai SAR

oleh Ahmad Albab
04/10/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Mayat seorang pelajar Maahad, Alif Lukman Hakim Azman, 13, yang dilaporkan lemas Ahad lalu di Sungai Kuantan berhampiran kawasan perumahan Sungai Isap, ditemukan terapung kira-kira 10 meter dari tempat kejadian pagi tadi.

Mayat mangsa didapati timbul di permukaan sungai kira-kira 11.05 pagi, kira-kira lima minit selepas Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah turut turun ke sungai dengan menaiki bot untuk menyertai operasi mencari dan menyelamat.

Sebelum itu beliau yang tiba di tempat kejadian 10.45 pagi diberikan taklimat tentang operasi mencari dan menyelamat oleh Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh.

Beberapa minit selepas beliau menaiki bot, mayat pelajar berkenaan tiba-tiba timbul tidak jauh dari tebing sungai menyebabkan wartawan, orang ramai dan anggota penyelamat yang berada di tebing sungai menjadi terkejut.

Seorang anggota bomba dan penyelamat yang berada di dalam bot kemudian terjun ke dalam sungai dan membawa mayat berkenaan ke tebing sungai dengan dibantu oleh anggota penyelamat yang lain.

Mayat kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Abdul Aziz berkata hasil bedah siasat mendapati mangsa mati disebabkan lemas.

Alif Lokman Hakim dilaporkan hilang di dalam sungai dipercayai akibat tergelincir ketika hendak membasuh bajunya yang kotor, setelah dia memancing bersama rakan-rakannya kira-kira 5.30 petang.

Seramai 121 pegawai dan anggota daripada pasukan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat termasuk Pasukan Penyelamat Dalam Air, Angkatan Pertahanan Awam, pasukan skuba dan orang awam terlibat dalam operasi SAR. – BERNAMA

Tags: mati lemaspelajarTengku Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

21/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua pelajar Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) maut selepas terjatuh dari tempat tinggi melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd